Penyelidik Dan Graduan ITMA Terima Anugerah | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Penyelidik dan Graduan ITMA Terima Anugerah

Penyelidik dan Graduan ITMA Terima Anugerah

SERDANG, Ogos 2021 – Enam orang penyelidik bersekutu dan dua orang graduan Institut Teknologi Maju (ITMA) telah terpilih sebagai penerima Anugerah Penyelidik Cemerlang dan Pelajar Cemerlang ITMA bagi tahun 2020.

Anugerah tahunan ini adalah pengiktirafan atas prestasi cemerlang mereka dalam membantu ITMA mencapai KPI. Penyelidik-penyelidik cemerlang berkenaan terdiri daripada Prof. Dr. Nor Azah Yusof (FDL), Prof. Madya Dr. Khamirul Amin Matori (MSCL), Prof. Madya Dr. Siti Hajar Othman (MPTL), Prof. Madya Dr. Yusran Sulaiman (FDL), Prof. Madya Dr. Yap Wing Fen (FDL) dan Prof. Madya Dr. Suriati Paiman (FDL).

Sementara itu, Pelajar Cemerlang dianugerahkan kepada Nur Ain Asyiqin Anas, kategori pelajar Master dan Nur Alia Sheh Omar, kategori pelajar Ph.D. Kedua-dua mereka merupakan pelajar di bawah seliaan Prof. Madya Dr. Yap Wing Fen.

Semua yang terpilih akan menerima sijil penghargaan dan insentif yang diperakukan oleh pihak institut. Oleh kerana pandemik Covid-19 yang melanda, majlis penyampaian Sijil Cemerlang ditangguhkan pada suatu masa yang akan dimaklumkan kelak.

Semoga anugerah ini dapat memberi semangat kepada semua penyelidik dan pelajar untuk bersama-sama berusaha ke arah mencapai kecemerlangan dan meningkatkan prestasi ITMA. Syabas dan tahniah!

Tarikh Input: 20/08/2021 | Kemaskini: 29/12/2021 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdGAe~