Penyelidik ION2 Terima Anugerah Dan Pengiktirafan | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Penyelidik ION2 Terima Anugerah dan Pengiktirafan

Penyelidik ION2 Terima Anugerah dan Pengiktirafan

KOTA BHARU, September, 2022 – Prof. Madya Dr. Yap Wing Feng, Penyelidik Bersekutu Laboratori Peranti Nanoteknologi Fungsian (FNDL) telah menerima Anugerah Penyelidik Muda MASS 2022 sempena Persidangan Serantau Sains dan Teknologi Keadaan Pepejal ke-31 yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Kelantan, Kota Bharu pada 6-9 September 2022.

Dr. Yap menerima hadiah wang tunai RM1000 disamping cenderahati serta Sijil Anugerah. Sementara itu Dr Mohd Hafiz Mohd Zaid, Penyelidik Bersekutu Laboratori Sintesis dan Pencirian Bahan Nano (NSCL) menerima anugerah pembentang lisan terbaik serta memenangi 2 Emas melalui penyertaannya dalam Pertandingan Teknologi Bahan.

 

Pada majlis yang lain pula di Kuala Lumpur, Profesor Dr. Lim Hong Ngee, Penyelidik Bersekutu Laboratori Peranti Nanoteknologi Fungsian (FNDL) pula telah menerima pengiktirafan sebagai salah seorang Top Research Scientists Malaysia (TRSM) 2022 oleh Akademi Sains Malaysia (ASM). 

Pengiktirafan ini diberikan kepada saintis Malaysia yang mempunyai sekurang-kurangnya 10 tahun sumbangan terkumpul dalam sektor sains, teknologi, inovasi dan ekonomi (STIE).

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah dan pengiktirafan! Semoga menjadi motivasi yang mencetus lebih banyak pencapaian cemerlang masa hadapan.

 

Dilaporkan oleh,

Dr. Intan Helina Hasan
Pegawai Penyelidik
Laboratori Peranti Nanoteknologi Fungsian (FNDL)

Tarikh Input: 30/09/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdIAj~