Perpisahan Penuh Penghargaan Di ION2 | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Perpisahan Penuh Penghargaan di ION2

Perpisahan Penuh Penghargaan di ION2

23 Januari, SERDANG – Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2) telah menganjurkan Majlis Penghargaan dan Perpisahan pada 23 Januari 2026 bagi menghargai jasa serta dedikasi Pengarahnya, Prof. Ir. Ts. Dr. Suraya Abdul Rashid, dan Pegawai Eksekutif, Puan Siti Nur Lidiya Sharudin. Majlis yang berlangsung di Dewan Seminar ION2 itu menghimpunkan warga ION2 dalam suasana yang mesra, penuh hormat dan bersemangat kekitaan.

Prof. Dr. Suraya telah berkhidmat di ION2 sejak tahun 2015, bermula sebagai Ketua Makmal Pemprosesan dan Teknologi Bahan Nano (NPTL), sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengarah pada tahun 2022 dan seterusnya sebagai Pengarah pada tahun 2024. Sepanjang kepimpinannya, ION2 telah mencatat kemajuan yang signifikan dalam aspek tadbir urus, pembangunan penyelidikan, program pascasiswazah serta kerjasama industri. Beliau akan menamatkan perkhidmatan pada 31 Januari 2026 bagi menjalani penempatan (secondment) selama tiga tahun di Qarbotech Sdn. Bhd., dengan memberi tumpuan kepada pengkomersialan hasil penyelidikan bagi memperkukuh kedudukan antarabangsa Universiti Putra Malaysia.

Majlis tersebut turut meraikan Puan Siti Nur Lidiya Sharudin, yang menyertai ION2 pada tahun 2022 dan telah memberikan sumbangan besar dalam pengurusan hal ehwal penyelidikan dan pascasiswazah. Beliau akan meneruskan kerjaya baharu di Cyberjaya.

Majlis ini menjadi simbol penghargaan yang tulus, menandakan satu perpisahan yang bermakna serta meraikan sumbangan berpanjangan kedua-dua tokoh ini terhadap pembangunan dan kecemerlangan ION2.

 

 

Dilaporkan oleh,
Dr. Siti Zulaika Razali

Tarikh Input: 30/01/2026 | Kemaskini: 09/02/2026 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
F, (06:26:23pm-06:31:23pm, 25 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]