Postgraduate Seminar On 'Viva Voce’ | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Postgraduate Seminar On 'Viva Voce’

Postgraduate Seminar On 'Viva Voce’

Institut Teknologi Lanjutan (ITMA) UPM telah menganjurkan seminar bertajuk "Postgraduate Seminar on Viva Voce" pada 6 April 2018 di ITMA, UPM. Seminar ini dianjurkan bertujuan untuk membantu pelajar yang akan menhadapi viva voce dalam masa terdekat membuat pesiapan dengan rapi dengan mendapatkan nasihat-nasihat daripada mereka yang berpengalaman bagi meningkatkan lagi tahap keyakinan dihari pembentangan. Seramai 28 peserta yang terdiri daripada pelajar siswazah ITMA yang telah menghantar tesis atau menghantar notis GS-14A telah menyertai bengkel ini.

 

Seminar dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Prof. Madya Dr. Janet Lim Hong Ngee, Pengerusi Jawatankuasa Seminar. Seminar diteruskan dengan taklimat berkenaan proses viva di UPM oleh Prof. Dr. Nor Aini AB Shukor, Timbalan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah (SGS), UPM. Kemudian, seminar diteruskan lagi dengan ceramah bertajuk ‘Preparation for Viva Voce’ oleh Dr. Tan Tong Ling, pasca doktoral ITMA, dan ‘Do’s and Don’t’s During Viva Voce’ oleh Dr. Nor Hapishah Abdullah, juga pasca doktoral ITMA.

 

Pada sebelah petang, sesi “mock viva” telah dijalankan mengikut kumpulan yang telah dibahagi mengikut laboratori pelajar siswazah iaitu sebanyak 4 kumpulan. Seramai dua pemeriksa yang terdiri daripada pasca doktoral dan penyelidik ITMA telah ditetapkan untuk setiap kumpulan, dan sesi tersebut dijalankan secara serentak di laboratori masing-masing. Peserta diberi masa selama 15 minit pembentangan dan 5 minit sesi soaljawab.

Secara keseluruhan, seminar ini telah berjaya mencapai objektifnya iaitu member pendedahan kepada pelajar tentang proses viva di UPM, dan juga persediaan yang diperlukan sebelum menempuh sesi viva. Maklumbalas positif juga telah diterima daripada semua peserta yang berharap seminar ini dapat diteruskan pada masa hadapan. Jawatankuasa penganjur berharap seminar ini dapat membantu pelajar ITMA khususnya untuk membina keyakinan dalam menghadapi viva voce dan seterusnya lulus dengan cemerlang.

Tarikh Input: 03/01/2019 | Kemaskini: 25/07/2019 | nursyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdFAf~