Preparation, Characterization And Application Of MIP As Sensing Material | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Preparation, Characterization and Application of MIP as Sensing Material

Preparation, Characterization and Application of MIP as Sensing Material

SERDANG, Julai 2022 - Laboratori Peranti Nanoteknologi Fungsian (FNDL), Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2) telah menganjurkan bengkel selama dua hari bertajuk “Preparation, Characterization and Application of MIP As Sensing Material” pada 26 dan 27 Julai 2022 bertempat di Dewan Seminar ION2 dan Fakulti Sains. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan teknologi “Molecular imprinted polymer” atau polimer bercetak molekul (MIP) iaitu teknologi mimik yang memiliki kemampuan untuk meniru kemampuan enzim dan antibodi dan mempunyai pengenalan tinggi terhadap molekul sasaran. Teknologi MIP ini mempunyai banyak kelebihan untuk digunakan sebagai bahan pengesan atau sensing material seperti memiliki kestabilan mekanik dan kimia yang tinggi, dan mampu diaplikasikan secara meluas dalam industri sensor.

Menyedari potensi penyelidikan yang meluas dalam teknologi ini, FNDL telah menganjurkan bengkel siri pertama ini untuk memperkenalkan teknologi tersebut dan menunjukkan teknik-teknik sesuai untuk fabrikasi dalam sesi ‘hands-on’ semasa bengkel diadakan. Prof. Dr. Nor Azah Yusof yang merupakan professor di Fakulti Sains dan juga Penyelidik Bersekutu ION2 telah memberikan ceramah berkenaan teori teknologi MIP ini, disusuli dengan sesi praktikal atau “hands-on” dalam penyediaan MIP dan aplikasi teknologi tersebut.

Bengkel ini telah dihadiri oleh penyelidik dari UPM dan juga luar UPM seperti dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI), dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Peserta telah memberi maklum balas yang positif terhadap penganjuran bengkel ini dan berharap agar bengkel ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang.

 

Dilaporkan oleh,
Ts. Dr. Intan Helina Hasan
Pegawai Penyelidik, FNDL

Tarikh Input: 11/08/2022 | Kemaskini: 11/08/2022 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdPAJ~