Prof Madya Dr. Che Azurahanim Meraih Tiga Pingat Dalam CIEE 2022 | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Prof Madya Dr. Che Azurahanim Meraih Tiga Pingat dalam CIEE 2022

Prof Madya Dr. Che Azurahanim Meraih Tiga Pingat dalam CIEE 2022

SABAH, Julai, 2022 - Prof. Madya Dr. Che Azurahanim Che Abdullah, Ketua Laboratori Sintesis dan Pencirian Bahan Nano (NSCL), memenangi tiga pingat di Cocoa Invention, Innovation & Exhibition (CIEE 2022), yang diadakan dari 21 hingga 24 Julai 2022 di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Koko, Telipok Sabah.

Projek kerjasamanya dengan Emmellie Laura Albert, pelajar PhD, memenangi pingat Emas untuk projek bertajuk "Biogenic Synthesis and characterization of Reduced Graphene Oxide Usinging Cocoa Waste."

Pelajarnya, Puteri Hazeera, memenangi pingat Perak untuk projeknya, "Green Synthesis of Gold Nanoparticles dari Cocoa Waste for Potential Colorimetric Based Pesticide Identification". Manakala projek Ashreen Norman, "Cocoa Shells as Precursors for Luminescent Nanoparticles in Smart Packaging for Food," memenangi Gangsa.

Penyertaan beliau dalam pameran ini bukan semata untuk bertanding tetapi untuk mencari peluang-peluang kerjasama bersama agensi-agensi yang terlibat bagi projek-projek yang akan  datang.

“Selain itu, saya ingin memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar saya melalui penyertaan seumpama ini. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan mereka tetapi turut membantu mereka berfikir secara kritis ketika menjawab soalan secara terus daripada juri”,  tambah Dr. Che Azurahanim .

Syabas dan tahniah kepada Dr. Azura dan pelajar-pelajarnya!

 

 

Dilaporkan oleh;

Emmellie Laura Albert
Calon PhD, NSCL

Tarikh Input: 29/07/2022 | Kemaskini: 31/07/2022 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdFAE~