24 Januari 2025 : Hasil Kerjasama semua staff Institut Nanosains & Nanoteknologi (ION2) dan Jawatankuasa Kelestarian Hijau ION2 telah berjaya melaksanakan program Gotong Royong Pencarian dan Pemusnahan Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes, dikenali sebagai Search & Destroy (S&D). Idea program ini adalah merupakan inisiatif daripada Universiti Putra Malaysia dan Pusat Kesihatan Universiti (PKU) bagi tujuan untuk mengurangkan populasi nyamuk Aedes dan mencegah penyebaran penyakit seperti denggi di kampus UPM khususnya bagi persiapan sebelum peperiksaan akhir semester berlangsung.
Aktiviti yang dijalankan termasuk pemeriksaan rutin kawasan sekitar untuk mengenal pasti dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes, seperti bekas yang mengumpul air hujan. Selain itu, program ini juga melibatkan sesi pendidikan dan kesedaran kepada warga UPM mengenai pentingnya amalan kebersihan persekitaran dan langkah pencegahan nyamuk Aedes.
Dengan komitmen berterusan dan penglibatan aktif semua pihak, program S&D diharapkan dapat mencapai persekitaran yang lebih sihat dan bebas dari ancaman penyakit yang ditularkan oleh nyamuk Aedes.



Tarikh Input: 10/03/2025 | Kemaskini: 10/03/2025 | roslina_ar

Institut Nanosains dan Nanoteknologi,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia