Program Bersiri Perkongsian Pensyarah Jemputan Antarabangsa | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Program Bersiri Perkongsian Pensyarah Jemputan Antarabangsa

Program Bersiri Perkongsian Pensyarah Jemputan Antarabangsa

30 September 2021 -  Laboratori Sintesis dan Pencirian Bahan (MSCL), Institut Teknologi Maju (ITMA), UPM telah berjaya menganjurkan suatu program perkongsian ilmu oleh Pensyarah Jemputan Antarabangsa secara atas talian.  Ianya merupakan suatu program bersiri yang menjemput pensyarah daripada pelbagai universiti dari luar negara untuk memberikan ceramah dan perkongsian mengenai penemuan terkini dalam bidang mereka masing-masing. Sebanyak empat siri telah berjaya dianjurkan dalam program ini.

Siri pertama telah diadakan pada 7 Mei 2021 dan pensyarah jemputan untuk siri yang pertama ini adalah Prof. Dr. Samir M. Iqbal daripada University of Texas Rio Grande Valley, USA. Beliau telah menyampaikan ceramahnya yang bertajuk “Nanotechnology for Early Cancer Diagnostics” melalui aplikasi zoom. Seramai 92 orang peserta telah menyertai ceramah ini. Kebanyakan peserta adalah daripada kalangan pelajar dan staf UPM. Terdapat juga beberapa orang peserta luar daripada UPM.

Siri kedua pula telah diadakan pada 23 Julai 2021 dan penceramah jemputan untuk siri ini adalah Prof. Madya Dr. Piyapong Asanithi daripada King Mongkut’s University of Technology Thonburi, Bangkok, Thailand.  Prof. Madya Dr. Piyapong Asanithi telah berkongsikan penyelidikan terkini beliau yang bertajuk “Graphene Oxide Composite Materials for Electrochemical Determination of Biomolecules. Seramai seramai 96 peserta dari kalangan staf dan pelajar ITMA, pusat tanggungjawab lain di dalam UPM, serta penyelidik dari institusi lain dari dalam dan luar negara telah menyertai program ini.

Penceramah jemputan untuk siri yang ketiga ialah Prof. Madya Dr. Yuki Shirosaki daripada Kyushu Institute of Technology (Kyutech), Jepun. Siri ketiga yang telah diadakan pada 30 Ogos 2021 ini telah disertai oleh seramai 81 peserta daripada pelbagai institusi. Prof. Madya Dr. Yuki Shirosaki telah berkongsikan penyelidikan terkini beliau yang bertajuk “Bioceramics and Related Biomaterials”.

Dr. Abdul Rasheed Pathath daripada Indian Institute of Technology Palakkad, India, merupakan penceramah jemputan untuk siri yang keempat. Dalam siri ini, beliau telah menyampaikan ceramahnya yang bertajuk “An Overview of our MXene Research: Synthesis, Characterization, Electrochemical Performance and Toxicity Evaluations”. Seramai 51 orang peserta telah menyertai program ini yang telah diadakan pada 30 September 2021.

Pihak penganjur amat berharap agar penganjuran program ini memberikan manfaat kepada semua peserta yang telah menyertainya. Semoga ianya dapat memenjadi medan untuk menambahkan ilmu, medan perkenalan dan juga medium awal bagi kerjasama penyelidikan di masa akan datang. Ia juga diharapkan dapat menjadi salah satu cara bagi institusi luar untuk mengenali ITMA dengan lebih dekat lagi. Pihak penganjur ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penceramah dan peserta atas sokongan yang telah diberikan dalam menjayakan program ini.

Tarikh Input: 17/11/2021 | Kemaskini: 17/11/2021 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdMAD~