Program Kerjasama Akademia-industri: ION2 – DKSH | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Program Kerjasama Akademia-industri: ION2 – DKSH

Program Kerjasama Akademia-industri: ION2 – DKSH

SERDANG, 7 Julai 2022 – Satu program kerjasama akademia-industri antara Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2), Universiti Putra Malaysia dan DKSH Holdings (Malaysia) Berhad telah diadakan baru-baru ini. Kerjasama melalui sesi perkongsian ilmu yang bertajuk “Advanced Materials Characterization Talk” ini diterajui oleh oleh Prof. Madya Dr. Che Azurahanim binti Che Abdullah, ketua Laboratori Sintesis dan Pencirian Bahan Nano (NSCL) dan dianjurkan secara fizikal di Dewan Seminar ION2.

Program ini merupakan satu platform perkongsian pengalaman oleh para penceramah jemputan (akademia dan industri) dalam hal pencirian bahan berskala nano dan aplikasinya dalam pelbagai bidang. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendapatkan maklumat daripada pihak industri berkaitan pencirian bahan dan teknik analisis yang memberikan data yang tepat bagi mengurangkan ralat semasa pengujian.

Ceramah oleh Prof. Madya Dr. Che Azurahanim, mewakili pihak akademia telah menyampaikan ceramah bertajuk “Necessities for reliable nanomaterials characterisation for biomedical applications”. Pihak industri pula berkongsi pelbagai teknik analisis pencirian dan bahan seperti instrumen pembelauan sinar X dan  Dynamic light scattering untuk pencirian bateri, bahan karbon, pembuatan aditif, partikel nano emas, titik kuantum, PLGA dan kerangka logam-organik.

Dr. Che Azurahanim telah menekankan tentang potensi kerjasama antara penyelidik akademik dan industri dalam projek berasaskan bahan nano dan penggunaannya dalam industri pada masa hadapan dalam ucapannya pada penghujung program. Kerjasama penyelidikan akademik-industri dilihat dapat menyumbang kepada pembangunan produk dan inovasi yang lebih maju dan mampan berbanding menjalankan projek yang sama seperti individu dan entiti berasingan.

 

Dilaporkan oleh,

Dr. Mohd Hafizuddin Ab Ghani
Pegawai Penyelidik, NSCL

Tarikh Input: 22/07/2022 | Kemaskini: 26/07/2022 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdEAs~