Program Mobiliti: 2 Pelajar Universitas Airlangga (UNAIR) Ke ION2 | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Program Mobiliti: 2 Pelajar Universitas Airlangga (UNAIR) ke ION2

Program Mobiliti: 2 Pelajar Universitas Airlangga (UNAIR) ke ION2

SERDANG, Julai 2022 – Dua orang pelajar daripada Universitas Airlangga (UNAIR), Kampus Mulyorejo, Surabaya Indonesia datang ke Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2), UPM melalui Program Mobiliti Pelajar Antarabangsa 4 minggu yang bermula pada 1 Julai 2022 hingga 29 Julai 2022.

Mereka merupakan pelajar Program Kimia, Fakultas Sains dan Teknologi UNAIR iaitu Andika Pramudya Wardana, calon Doktor Falsafah (PhD), dan seorang pelajar tahun akhir Sarjana Muda Kimia, Tio Christiawan Bramayudha.

 

Program ini bukan sahaja bertujuan untuk menambah pengalaman dan pengetahuan para pelajar mengenai kepelbagaian kemahiran menganalisis dan pengurusan aktiviti penyelidikan tetapi turut mengeratkan hubungan antara dua universiti serantau.

 

Program yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Che Azurahanim Che Abdullah ini bukan sahaja melibatkan perkongsian kepakaran dan kemudahan ION2, tetapi turut dibawa ke Institut Biosains dan Fakulti Sains, UPM.  Selain itu, pelajar-pelajar ini turut berpeluang mengikut beberapa siri bengkel dan sesi diskusi bersama penyelidik-penyelidik UPM.

 

Pelaja-pelajar berkenaan juga berkesempatan melawat sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur serta merasai pengalaman menyambut Hari Raya Aidil Adha di Malaysia. “Saya akan pulang ke UNAIR dan mendorong rakan-rakan serta penyelidik di UNAIR supaya mengikuti Program Mobiliti sebegini kerana program ini memberi pengalaman dan ilmu yang berguna kepada pesert” balas Andika  apabila diajukan pertanyaan mengenai pengalaman menyertai program mobiliti di ION2, UPM sebelum berlepas pulang.

 

Dilaporkan oleh,

Dr. Mohd Hafizuddin Ab Ghani
Pegawai Penyelidik, NSCL

Tarikh Input: 16/08/2022 | Kemaskini: 16/08/2022 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEbJAR~