Program Mobiliti Staf Daripada Universitas Brawijaya Ke ION2 | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Program Mobiliti Staf daripada Universitas Brawijaya ke ION2

Program Mobiliti Staf daripada Universitas Brawijaya ke ION2

SERDANG, Julai 2022 – Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2), UPM telah menerima kunjungan daripada dua orang staf daripada Fakultas Kedokteran Gigi, Universitas Brawijaya (UB), Indonesia menerusi Program Mobiliti Staf selama empat hari bermula Isnin, 12 Julai 2022 hingga Sabtu, 16 Julai 2022.  

Sepanjang program, peserta mobiliti berpeluang mengadakan beberapa sesi perbincangan bersama penyelidik, pengenalan kepada beberapa peralatan berkaitan yang terdapat di beberapa institut serta fakulti selain lawatan sekitar UPM.  Prof. Dr. Mohd Zobir Hussein, Felo Penyelidik di ION2 merangkap penasihat Program Mobiliti ini bersama-sama dengan Ketua Program, Prof. Madya Che Azurahanim Che Abdullah telah menyusun atur jadual aktiviti bagi memenuhi keperluan pihak yang terlibat.

 

Antara aktiviti yang dilaksanakan dalam program ini ialah lawatan ke Makmal CANRES, Institut Biosains (IBS) dan juga Makmal Penyelidikan Fakulti Sains. Lawatan yang diiringi oleh Pegawai Penyelidik ION2, Dr. Ismayadi Ismail dan Puan Rosnah Nawang bertujuan memberi pendedahan dan promosi kepada peserta UB berkaitan kemudahan dan projek penyelidikan terkini yang terdapat di UPM. Selain itu, peserta mobiliti juga mengambil peluang menjalankan analisis sampel yang dibawa daripada UB dengan bantuan pegawai-pegawai yang bertanggungjawab. Antara peralatan berkenaan adalah X-ray Diffractometer (XRD), Nano-sizer, High Resolution Transmission Electron Microscope (HRTEM) dan beberapa peralatan lain.

 

Pada penghujung program, kedua-dua peserta dari UB, Dr. Ratih Pusporini dan Dr. Diena Fuadiyah sekata menyatakan kunjungan pertama kali ini amat berkesan dan membuka peluang kerjasama dua hala bukan sahaja kerjasama dalam bidang penyelidikan bahkan dalam pengkomersialan pada masa akan datang. “Kami amat menghargai layanan dan fasiliti yang amat baik diberikan sepanjang keberadaan kami di sini, semoga program sebegini sering diadakan pada masa akan datang” tambah Dr. Ratih dihujung pertemuan sebelum mereka berlepas pulang.

 

Dilaporkan oleh,

Dr. Mohd Hafizuddin Ab Ghani
Pegawai Penyelidik, NSCL

Tarikh Input: 26/07/2022 | Kemaskini: 26/07/2022 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdGA2~