Program Perkongsian@ION2: Penyelidik Berminda Usahawan | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Program Perkongsian@ION2: Penyelidik Berminda Usahawan

Program Perkongsian@ION2: Penyelidik Berminda Usahawan

SERDANG, Ogos 2022 – Satu Program Penyelidik Berminda Usahawan berjudul “Commercialisation Strategies for Academia-Indsutry Collaborations” yang disampaikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz Arzmi telah berlangsung pada 29 Ogos 2022. Dr. Mohd Hafiz merupakan pensyarah dan juga penyelidik daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA) cawangan Kuantan, Pahang. Program ini diadakan secara fizikal bertempat di Bilik Seminar Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2), UPM. Program kali ini telah dihadiri oleh hampir 30 orang termasuk pensyarah, penyelidik, staf sokongan dan juga pelajar UPM.

Sesi ceramah berkaitan pengkomersialan yang dianjurkan pada kali ini bertujuan untuk perkongsian ilmu dan juga langkah-langkah yang boleh diambil oleh tetamu yang hadir khususnya penyelidik serta pelajar bagi meningkatkan peluang kerjasama dengan pihak industri. Di samping itu, program ini juga membuka ruang dan potensi kerjasama penyelidikan antara warga ION2,UPM dan penyelidk dari UIA.

 

Program yang dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Che Azurahanim binti Che Abdullah sebagai moderator  telah berjaya membuka minda peserta yang hadir berkaitan potensi dan peluang yang boleh diketengahkan dengan kerjasama pihak indsutri. Selain itu, Dr. Mohd Hafiz juga mengalu-alukan kerjasama penyelidik ION2 khususnya serta warga UPM umumnya bagi mencari sinergi bersama untuk menghasilkan projek kajian yang berpotensi pada masa akan datang.

Pada penghujung program, Dr. Che Azurahanim mengucapkan terima kasih kepada penceramah dan juga peserta yang hadir. Beliau juga menyokong penuh kerjasama antara penyelidk UPM dan UIA dalam projek penyelidikan serta penerbitan berimpak selain mempunyai nilai komersial untuk dipasarkan.

Dilaporkan oleh,

Dr. Mohd Hafizuddin Ab Ghani
Pegawai Penyelidik, NSCL

Tarikh Input: 30/08/2022 | Kemaskini: 30/08/2022 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXDcSAQ~