Program Siri Ke-5 Ceramah Jemputan Antarabangsa | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Program Siri ke-5 Ceramah Jemputan Antarabangsa

Program Siri ke-5 Ceramah Jemputan Antarabangsa

SERDANG, Januari 2022 – Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2) telah menganjurkan program siri ke-5 ceramah jemputan antarabangsa baru-baru ini yang menampilkan Prof. Dr. Gurumurthy Hegde, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Termaju (CARD), Jabatan Kimia, Universiti Christ, Bengaluru, India.

Perkongsian bertajuk “Tuning the Porosity using waste materials: Cost Effective Nanotechnology” telah berlangsung selama hampir dua jam secara dalam talian melalui aplikasi Zoom dan dihadiri oleh 60 peserta.

Program ini dianjurkan bagi meningkatkan pengetahuan terkini penyelidik-penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) khususnya penyelidik Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2) berkaitan penyelidikan dan aplikasi bahan buangan berasaskan nano. Di samping itu, program ini juga membuka ruang dan potensi kerjasama penyelidikan antara ION2-UPM dan Christ University, India.

Program telah dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Che Azurahanim Che Abdullah merangkap pengarah program. Perkongsian daripada Prof. Gurumurthy bertumpu kepada inovasi yang boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan buangan berasaskan nano sebagai bahan asas utama serta manfaatnya terhadap ekonomi dan kelestarian alam.

“Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada para peserta yang telah meluangkan masa menghadiri program perkongsian ilmu yang amat bermanfaat ini. Semoga program sebegini dapat dianjurkan dengan lebih kerap pada masa hadapan.”, kata Dr. Che Azurahanim semasa ucapannya pada penghujung program.

 

Dilaporkan oleh,

Dr. Mohd Hafizuddin Ab Ghani
Pegawai Penyelidik NSCL

Tarikh Input: 16/02/2022 | Kemaskini: 14/04/2022 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdFAe~