Response Surface Methodology (RSM) Siri 1 | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Response Surface Methodology (RSM) Siri 1

Response Surface Methodology (RSM) Siri 1

SERDANG, 9 Mei 2023 – Satu kursus bertajuk Response Surface Methodology (RSM) siri 1/2023 telah diadakan secara atas talian telah diadakan pada 9 Mei 2023. Kursus yang dijalankan melalui platform Google Meet ini adalah anjuran Laboratori Pemprosesan dan Teknologi Bahan Nano (NPTL), Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2). RSM adalah satu teknik yang menggabungkan dua bidang iaitu matematik dan statistik yang digunakan untuk membangunkan model empirik, menambahbaik dan mengoptimumkan parameter proses, dan untuk mengenalpasti interaksi antara beberapa faktor penting dalam proses eksperimen.


RSM digunakan secara meluas di dalam membina model eksperimen (DOE) untuk mengoptimumkan proses di dalam penyelidikan teknologi nano. Peserta didedahkan mengenai konsep RSM, perancangan DOE, analisis, visualisasi dan validasi output yang telah didapati.


Kursus ini telah disampaikan oleh Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan UPM, Dr. Mohd Salahuddin Mohd Basri. Beliau mempunyai pengalaman lebih 10 tahun di dalam RSM. Seramai 60 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada pelajar dan penyelidik dari dalam dan luar UPM. NPTL akan mengadakan kursus RSM siri 2/2023 yang akan diadakan secara fizikal dan praktikal di ION2 tidak lama lagi.

 

 

Disediakan oleh,


Juraina Md Yusof
Pegawai Penyelidik, NPTL.

Tarikh Input: 31/05/2023 | Kemaskini: 31/05/2023 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdHAn~