Seminar Achieving Excellence In Research Publications | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Seminar Achieving Excellence in Research Publications

Seminar Achieving Excellence in Research Publications

SERDANG, Mei 2022 – Satu seminar bertajuk Achieving Excellence in Research Publications telah diadakan pada 31 Mei 2022 secara dalam talian. Seminar ini diadakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta cara pemilihan platform penerbitan yang bersesuaian dengan manuskrip yang dihasilkan, tips, teknik dan pengolahan penulisan saintifik dan mengupas kaedah penulisan yang terancang, berkesan, dan berimpak tinggi yang dapat menarik minat penerbit dan juga audien yang seterusnya meningkatkan jumlah citation.

Penulisan dan penerbitan saintifik adalah satu elemen penting dalam penyebaran penemuan penyelidikan dan ilmu pengetahuan. Terdapat peningkatan yang ketara dalam jumlah penerbitan dari tahun ke tahun dan ini menimbulkan satu persaingan sihat di kalangan penyelidik untuk menghasilkan penerbitan yang bermutu dan berimpak tinggi. Oleh yang demikian, penghasilan penulisan manuskrip saintifik yang berkualiti amat diperlukan dan ini bergantung kepada isi kandungan yang tepat, data yang mencukupi, dan perbincangan yang mendalam.  Namun, pemilihan platform penerbitan yang bersesuaian dengan manuskrip yang dihasilkan dan gaya penulisan yang bersesuaian dengan kehendak audien yang disasarkan perlu dilihat dengan teliti. Selain itu, kerangka penulisan yang mantap dan penggunaan bahasa yang tepat turut menjadi sandaran.

Seminar yang bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari ini telah dihadiri oleh seramai 117 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan penyelidik dari dalam dan luar UPM. Penceramah jemputan adalah Dr. Umer Rashid, Felo Penyelidik Kanan ION2 dan moderator pada sesi tersebut adalah Puan Juraina Md Yusof, Pegawai Penyelidik ION2.

Seminar anjuran Laboratori Pemprosesan dan Nanoteknologi (NPTL), ION2 ini telah mendapat sambutan dan maklumbalas yang baik daripada peserta yang hadir. Sebanyak 65% peserta telah memahami keperluan penulisan saintifik, 62% telah mengetahui bagaimana untuk menyusun aliran penulisan secara sistematik, 60% memahami bagaimana untuk membincangkan dengan yakin output di dalam bentuk penulisan dan 60% yakin boleh menempatkan manuskrip di dalam jurnal yang bereputasi tinggi.

Pihak NPTL, ION2 berharap seminar ini dapat memberi manfaat kepada peserta yang hadir bagi memacu penerbitan manuskrip yang yang berkualiti di dalam jurnal yang berimpak tinggi.

 

Dilaporkan oleh,

Juraina Md Yusof
Pegawai Penyelidik, NPTL

Tarikh Input: 22/06/2022 | Kemaskini: 29/06/2022 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdFAJ~