Seminar Perkongsian Sangkutan Industri Oleh Pasona HR | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Seminar Perkongsian Sangkutan Industri oleh Pasona HR

Seminar Perkongsian Sangkutan Industri oleh Pasona HR

Serdang 18 Jun 2021 – Satu seminar perkongsian berkenaan sangkutan industri yang disampaikan oleh syarikat Pasona HR Sdn. Bhd yang bertajuk “Remoting Japan Internship 2021” telah diadakan pada 18 Jun 2021 secara atas talian. 

Seminar ini adalah inisiatif kerjasama di antara Unit Jaringan Industri dan Masyarakat ITMA dan Laboratori Pencirian Bahan (MSCL) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Che Azurahanim Che Abdullah. Seminar seumpama ini bersama  Pasona HR Malaysia, telah memasuki tahun ketiga penganjuran semenjak 2019.

Matlamat utama program latihan sangkutan adalah untuk meningkatkan hubungan antara budaya masyarakat di Asia menerusi pendidikan dan sangkutan industri, yang bertujuan untuk memberikan peluang kepada peserta dari negara-negara membangun untuk mendapatkan peluang untuk mempelajari strategi perkhidmatan luar negara (Jepun) dan memperoleh kemahiran dan kepakaran dari syarikat-syarikat Jepun.

Di antara objektif seminar ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai peluang menjalani latihan/ sangkutan industri dengan  syarikat Jepun.  Di samping itu, seminar ini adalah satu médium untuk hebahan maklumat berkaitan latihan sangkutan seperti jadual latihan, elaun, tempat institusi yang menawarkan latihan dan proses permohonan latihan juga turut. Peserta seminar berpeluang untuk  mempertimbangkan  pilihan untuk menjalani latihan sangkutan di luar negara selain daripada peluang yang tersedia di Malaysia.

Seminar yang bermula pada pukul 10 pagi  telah menerima kehadiran seramai 102 orang peserta. Encik Mike Chua daripada Pasona HR Sdn. Bhd telah membentangkan secara menyeluruh tentang kriteria dan proses permohonan, faedah yag didapati dan perkara lain yang berkaitan dengan latihan sangkutan secara atas talian dengan industri di Jepun.

Seminar selama dua jam ini diakhiri dengan soal jawab antara peserta dan Encik Mike Chua yang turut dibantu oleh wakil daripada Pasona HR Jepun iaitu Cik Modori Noiri. Maklumbalas daripada peserta menunjukkan mereka amat berminat dengan latihan sangkutan yang akan dijalankan secara jarak jauh di mana pelatih melaporkan setiap aktiviti kepada majikan yang berada di Jepun secara atas talian. Program latihan ini di sasarkan bermula pada September 2021. Terdapat juga elaun latihan yang akan diberikan kepada pelatih yang terpilih menjalani latihan.

Pihak ITMA berharap dapat menganjurkan seminar sebegini lagi untuk kesinambungan jaringan industri di samping memberi pendedahan dan peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai latihan sangkutan dengan industri di Jepun.

 

Dilaporkan oleh;

Juraina Md Yusof

Tarikh Input: 29/07/2021 | Kemaskini: 29/07/2021 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdNAR~