Sidang Media Putra Cipta | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Sidang media Putra Cipta

Sidang media Putra Cipta

SERDANG, Ogos 2022 - Satu sidang media Putra Cipta telah diadakan untuk mempromosikan teknologi yang telah dibangunkan oleh Ts. Dr. Intan Helina Hasan, Pegawai Penyelidik Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2).

Sidang media ini telah diadakan sempena majlis perasmian 1st Research Officers National Symposium (ReONS 2022) pada 29 dan 30 Ogos 2022. Sidang media tersebut bertujuan untuk mempromosikan hasil penyelidikan oleh pegawai penyelidik di UPM.

Pada sidang media yang turut dihadiri oleh Astro Awani tersebut, Dr. Intan telah menerangkan berkenaan teknologi antena boleh lentur menggunakan dakwat konduktif organik untuk pelbagai kegunaan. Dakwat atau pes organik itu menggunakan tiub karbon nano atau CNT yang dihasilkan daripada minyak masak terpakai serta pengikat organik yang mesra alam sebagai bahan utama.

Teknologi ini adalah hasil gabungan 3 inovasi penyelidikan yang telah dipatenkan oleh Prof. Dr. Mohd Nizar Hamidon, Dr. Intan Helina Hasan dan Dr. Ismayadi Ismail.

Prof. Ir. Dr. Hj. Kamarul Arifin Ahmad, Pengarah Putra Science Park (PSP) UPM yang turut menghadiri sidang media tersebut berkata, PSP amat komited dalam merapatkan teknologi dan ciptaan UPM ke pasaran sekali gus menyasarkan kerjasama dengan industri untuk mengkomersialkan hasil penyelidikan terbaik UPM di pelbagai peringkat.

 

 

Tarikh Input: 30/09/2022 | Kemaskini: 07/10/2022 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdDA0~