Taklimat Dan Bengkel Tatacara Pelupusan Rekod | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Taklimat dan Bengkel Tatacara Pelupusan Rekod

Taklimat dan Bengkel Tatacara Pelupusan Rekod

SERDANG, 10 Mei - Buat pertama kalinya, Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2) dengan kerjasama Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) telah menganjurkan Taklimat dan Bengkel Tatacara Pelupusan Rekod.

Objektif penganjuran bengkel ini adalah memberi kefahaman yang jelas berkaitan kaedah dan tatacara yang betul dalam melupuskan fail dan rekod mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia, meningkatkan pengetahuan pelaksanaan program pelupusan rekod serta menyelesaikan masalah timbunan rekod tidak aktif di pejabat sekaligus dapat memantapkan aspek pengurusan rekod dan fail di ION2.

Bengkel dihadiri seramai 33 orang yang terdiri daripada pegawai dan staf ION2 sama ada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung mengurus dan mengendalikan fail dan rekod di Institut.

Bengkel pada kali ini turut disertai oleh empat orang staf dari Perpustakaan Sultan Abdul Samad yang bertindak sebagai pembimbing dan diketuai oleh Encik Muizzudin Kaspol selaku Ketua Bahagian Media, Arkib dan Pemuliharaan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad.

Bengkel bermula dengan sesi taklimat oleh Puan Norhazura Hamzah dan beliau telah menerangkan perincian bengkel bermula dari amali pengasingan rekod, penerangan borang-borang yang berkaitan, latihan amali pelupusan rekod, penyediaan kertas kerja kelulusan, menyediakan surat iringan dan simulasi pemusnahan rekod.

Diharapkan agar objektif penganjuran bengkel ini tercapai dan menepati tatacara pelupusan rekod yang betul serta mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia.

 

Dilaporkan oleh:
Khariza Abdul Wahab
Pegawai Rekod Jabatan

Tarikh Input: 31/05/2024 | Kemaskini: 15/07/2024 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397693000
0000
X, (01:43:58am-01:48:58am, 01 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]