Taklimat Mobiliti: Meneroka Peluang Program Mobiliti Inbound Dan Outbound | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Taklimat Mobiliti: Meneroka Peluang Program Mobiliti Inbound dan Outbound

Taklimat Mobiliti: Meneroka Peluang Program Mobiliti Inbound dan Outbound

SERDANG, 23 Mei 2023 – Satu Taklimat Program Mobiliti Inbound dan Outbound) secara dalam talian telah berjaya dianjurkan oleh Kelab Siswazah ION2 di bawah seliaan Jawatankuasa Pengajian Siswazah institut dengan kerjasama pihak Pusat Antarabangsa (i-PUTRA), UPM. Program julung kali ini diketuai oleh Cik Emmellie Laura Albert sebagai pengerusi program iaitu ahli Kelab Siswazah ION2 dan juga merupakan seorang pelajar peringkat Doktor Falsafah.

Taklimat Mobiliti ini terbuka kepada seluruh warga UPM termasuk pelajar prasiswazah, pascasiswazah, penyelidik, pelaksana dan pensyarah. Taklimat ini sangat bermanfaat terutamanya kepada pelajar prasiswazah dan pascasiswazah UPM kerana program ini turut diselitkan slot perkongsian pengalaman oleh alumni yang telah mengikuti program mobiliti di luar negara.  Peserta yang hadir dan berminat untuk mengikuti program mobiliti akan dapat mengasah kemahiran interpersonal individu dan kebolehan mengadaptasi budaya baru di luar bilik kuliah melalui pengalaman yang bakal diperolehi melalui program tersebut.

Kebolehan berasimilasi dengan budaya dan persekitaran setempat sangat berguna kerana ianya boleh diaplikasikan dimana-mana termasuklah selepas bergelar graduan apabila berjaya menamatkan pengajian. Perkara ini memberikan kelebihan kepada pelajar bagi menempuh alam perkerjaan selain boleh diaplikasikan dalam berorganisasi dan berpersatuan sama ada di dalam atau luar negara. Oleh yang demikian, objektif utama penganjuran program oleh Kelab Siswazah, ION2 kali ini adalah bertujuan berkongsi maklumat berkaitan permohonan dan yang disampaikan oleh wakil Putra International Centre (i-PUTRA), Nadia Zawani Hussin.

Sesi taklimat ini juga melibatkan tiga (3) orang panel jemputan yang terdiri daripada barisan pelajar yang telah mengikuti program mobiliti di luar negara iaitu, Emmellie Laura Albert (Synchrotron Light Research Institute (SLRI), Thailand), Nur Khalida Zainon (Shanghai Open University, China) dan Sharifah Nurfadhlin Afifah Syed Azhar (Kyushu Institute of Technology, Japan). Ketiga-tiga ahli panel telah berkongsikan pengalaman dan kelebihan program mobiliti yang telah mereka sertai. Selain itu, peserta juga berpeluang bertanyakan soalan berkaitan mobiliti kepada barisan penceramah.

 

Dilaporkan oleh,

Ts. Dr. Mohd Hafizuddin bin Ab Ghani
Pegawai Penyelidik, NSCL

 

Tarikh Input: 26/06/2023 | Kemaskini: 26/06/2023 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdFAq~