Taklimat Santai Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Taklimat Santai Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT)

Taklimat Santai Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT)

SERDANG, 14 Jun 2023 – Taklimat Santai Lembaga Teknologi Malaysia (MBOT) bertemakan memperkasa pembangunan profesional dan ketahui faedahnya telah dianjurkan oleh Kelab Siswazah ION2. Taklimat ini dijalankan secara maya yang telah berjaya menarik minat penyertaan seramai 60 orang peserta. Taklimat telah disampaikan oleh pihak MBOT yang diwakili oleh Ts. Abdul Hafiz Mohamad Nor, Timbalan Pendaftar Operasi MBOT. Program pada kali ini diketuai oleh saudari Nur Afif Nadhrah bt Kamaruzaman, pelajar sarjana ION2 selain turut disertai oleh Persatuan Saintis Muslim Malaysia (PERINTIS) selaku penganjur bersama.

Taklimat ini diadakan bertujuan bagi memperkenalkan dan mendedahkan fungsi utama MBOT untuk mengiktiraf dan mendaftarkan ahli teknologi dan juruteknik sebagai Profesional berdasarkan bidang teknologi dan teknikal. Program taklimat MBOT ini memberi manfaat kepada pelajar siswazah,  pascasiswazah, kakitangan UPM serta orang awam yang sedang dan bakal berkecimpung dalam bidang teklonogi dan teknikal. Taklimat yang diadakan turut menjadi wadah pembuka ruang dan peluang kepada para teknologis dalam mengenal pasti peluang yang bakal mereka perolehi serta kelebihan dengan penglibatan diri bersama MBOT.

Kelebihan ini bakal memberi impak kepada para teknologis dalam mempelopori bidang yang diceburi serta memperluaskan lagi pengetahuan dalam bidang teknologi lain. Perkara ini memberikan kelebihan kepada pelajar dan para teknologis dalam meluaskan capaian kualiti tinggi dalam Technical & Vocational Education Training (TVET) dan sekaligus dapat membantu Malaysia mencapai status negara maju.

Taklimat ini turut disertai oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Suraya Abdul Rashid Timbalan Pengarah, ION2 merangkap Pengerusi Jawatankuasa Siswazah, ION2. Dalam taklimat beliau, Prof. Suraya telah berkongsikan berkenaan kelebihan menjadi ahli MBOT. Selain itu, beliau turut menyarankan supaya peserta yang berkelayakkan untuk mendaftar sebagai ahli teknologis dan teknikal profesional bagi memartabatkan profesion pekerjaan masing-masing.

 

Dilaporkan oleh,

Ts. Dr. Mohd Hafizuddin bin Ab Ghani
Pegawai Penyelidik, NSCL

Tarikh Input: 26/06/2023 | Kemaskini: 26/06/2023 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdJAm~