Webinar Expanding Your Research Career With Euraxess | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Webinar Expanding Your Research Career with Euraxess

Webinar Expanding Your Research Career with Euraxess

SERDANG, 25 Ogos- Laboratori Peranti Nanoteknologi Fungsian (FNDL), Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2) telah berkerjasama dengan Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia bagi menganjurkan satu webinar bertajuk “Expanding Your Research Career with Euraxess”. Webinar ini telah disampaikan oleh dua orang penceramah jemputan iaitu Dr. Susanne Rentzow-Vasu (penyelaras projek wilayah Euraxess Asean) dan Timea Magony (wakil delegasi Kesatuan Eropah (EU) di Malaysia).

Dr. Susanne telah menyampaikan topik yang bertajuk Euraxess: Supporting Research Worlwide. Cik Timea Magony pula menyampaikan topik berkaitan Erasmus+ program yang ditawarkan oleh pihak pihak EU. Program seminar ini dikendalikan oleh YBhg. Prof. Dr. Nor Azah Yusof dari Laboratori Peranti Nanoteknologi Fungsian (FNDL).

Seramai 47 orang telah menghadiri webinar ini terdiri daripada pelajar pasca siswazah dan pensyarah daripada UPM dan institusi luar. Para peserta memberikan maklum balas yang positif dan tidak melepaskan peluang untuk berinteraksi dengan penceramah dengan mengajukan pelbagai soalan. Diharap program ini dapat memberi peluang kepada peserta mengembangkan penyelidikan dan kerjasama saintifik masing-masing.

 

Dilaporkan oleh,

Mohd Ali Mat Nong
Pegawai Penyelidik
Laboratori Peranti Nanoteknologi Fungsian (FNDL)

 

Tarikh Input: 30/09/2022 | Kemaskini: 07/10/2022 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdCAr~