Webinar Malaysian Metal Organic Framework 2023 | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Webinar Malaysian Metal Organic Framework 2023

Webinar Malaysian Metal Organic Framework 2023

SERDANG, 27 Oktober 2023 – Satu webinar Malaysian Metal organic Framework 2023 (MyMOF2023) secara dalam talian telah berjaya dilaksanakan oleh Makmal Faundri Bahan Retikular untuk Kemapanan(FORMS), ION2 pada 25 Oktober 2023. Program ini akan dianjurkan dengan kerjasama Fakulti Sains UPM, Persatuan Sains Analisis Kimia (ANALIS) dan Persatuan Sains, Teknologi Keadaan Pepejal Malaysia (MASS) dan International Science, Technology and Innovation Centre (ISTIC)-UNESCO.

Program yang bertemakan “The Chemistry and Applications of Reticular Materials” yang disampaikan oleh Kyle E. Cordova, wakil dari Royal Scientific Society, Jordan. Program yang diadakan secara atas talian melalui aplikasi Zoom ini telah dihadiri oleh 27 orang peserta berbayar dan 10 orang peserta jemputan khas dari pelbagai bidang termasukklah pensyarah, penyelidik dan juga pelajar UPM.

Sesi webinar MyMOF kali yang ke-4 ini merupakan acara kesinambungan daripada siri program MyMOF yang pertama kali dianjurkan pada tahun 2017. MyMOF juga telah berjaya dianjurkan secara fizikal pada tahun 2018 dan 2022 masing-masing bagi siri yang kedua dan ketiga. Program siri keempat yang dianjurkan pada tahun 2023 kali ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman peserta terhadap konsep dan sifat rangka kerja logam-organik (MOF), serta komponen utamanya termasuklah struktur kimia, sifat fizikal, dan potensi aplikasi dalam bidang berbeza. Program ini juga merupakan wadah perkongsian ilmu kerana peserta didedahkan mengenai pelbagai aplikasi praktikal MOF dalam bidang penyelidikan sains, industri, dan teknologi.

Program yang dikendalikan oleh Prof. ChM. Dr. Janet Lim Hong Ngee sebagai moderator telah berjaya membuka minda peserta yang hadir berkaitan aplikasi dan potensi bahan MOF sebagai salah satu bahan termaju masa kini. Pada penghujung program, penceramah Kyle E. Cardova mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur dan juga peserta yang hadir serta mengalu-alukan kerjasama penyelidik warga UPM untuk menghasilkan projek kajian yang berpotensi pada masa akan datang.

 

Dilaporkan oleh,

Ts. Dr Mohd Hafizuddin bin Ab Ghani
Pegawai Penyelidik, NSCL

Tarikh Input: 30/10/2023 | Kemaskini: 30/10/2023 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdHA1~