Webinar Potentiostat In Electrochemistry | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Webinar Potentiostat in Electrochemistry

Webinar Potentiostat in Electrochemistry

SERDANG, Mei 2023 – Satu webinar bertajuk Potentiostat in Electrochemistry – “Electrochemistry and beyond: ex-situ/in-situ solutions for your energy storage, corrosion, and sensor applications” telah diadakan Rabu, 17 Mei 2023. Webinar bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir 2 jam selepas telah diadakan melalui platform Google Meet oleh Laboratori Pemprosesan dan Teknologi Bahan Nano (NPTL), Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2) dengan kerjasama Metrohme (M) Sdn. Bhd.

Potentiostat adalah satu alat yang digunakan di dalam sel elektrokimia untuk mengawal dan mengukur kebolehupayaan elektrod kerja pada tahap konstan dengan merujuk kepada elektrod rujukan. Ia banyak digunakan di dalam penyelidikan fundamental dan aplikasi untuk pemerhatian dan analisa berkenaan proses yang berlaku di elektrod, kimia analitik, penyelidikan berkenaan bateri dan proses kakisan.

Kursus ini telah disampaikan oleh Dr. Alice Eh Lee Sie, Pengurus Produk (Electrokimia) daripada Pusat Sokongan Serantau Metrohm yang berpangkalan di Singapura. Seramai 21 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada pelajar dan penyelidik dari dalam dan luar UPM. Dengan adanya program seumpama ini, diharapkan dapat membantu pelajar dan penyelidik di dalam penggunaan potentiostat bagi mendapatkan impak yang maksimum di dalam penyelidikan mereka.

Dilaporkan oleh,

Puan Juraina Md Yusof,
Pegawai Penyelidik, NPTL

 

Tarikh Input: 26/06/2023 | Kemaskini: 26/06/2023 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdFA1~