Webinar Teknologi Membran Antarabangsa | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Webinar Teknologi Membran Antarabangsa

Webinar Teknologi Membran Antarabangsa

SERDANG, 27 Julai - ITMA berjaya menganjurkan Webinar Teknologi Membran Antarabangsa selama satu hari melalui Zoom Platform.

Perancangan awalnya adalah satu bengkel praktikal sebagaimana yang telah dianjurkan pada tahun 2019. Namun, disebabkan oleh situasi kritikal pandemik Covid-19, bengkel praktikal secara bersemuka yang digerakkan oleh Laboratori Pemprosesan dan Teknologi Bahan (MPTL) telah ditukar kepada webinar sehari penuh.

Webinar ini menampilkan Profesor Dr. Arun Mohan Isloor, seorang penyelidik terkenal dalam teknologi membran dari Institut Teknologi Nasional Karnataka, India, dan pakar industri yang berjaya dalam rawatan air dan sisa air, Dr. Ir. Chew Chun Ming dari Techkem Group. Kedua-dua pembentang membuat perkongsian yang sangat baik.

Perkongsian Profesor Arun merangkumi aspek asas teknologi membran, termasuk bahan dan bahan tambahan membran, penyediaan, pengujian, prestasi, dan aplikasi. Sementara itu, Dr. Chew pula berkongsi isu-isu berkaitan industri membran dan tips merapatkan jurang antara universiti dan industri.

"Walaupun menghadapi beberapa kekangan pada awalnya, saya bersyukur kerana akhirnya kami berjaya merealisasikan program ini. Kami turut menyediakan beberapa rakaman video demonstrasi yang kami jalankan di makmal untuk menggambarkan proses penyediaan membran sebenar kepada para peserta serta menjadikan program ini lebih menarik" kata Dr Siti Zulaika selaku penyelaras program.

Webinar ini diharapkan dapat meningkatkan pemahaman para penyelidik dan menarik minat mereka terhadap teknologi membran. Professor Ts. Dr Suraya Abdul Rashid, ketua MPTL, merakamkan penghargaan kepada penceramah-penceramah kehormat kerana meluangkan masa yang berharga dan kepada para peserta kerana telah menyertai webinar tersebut.

Tarikh Input: 04/08/2021 | Kemaskini: 04/08/2021 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdMAH~