Challenges, Coping Strategies And Supports During Pandemic As Postgraduate And Academician: Lessons From Japan | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Challenges, Coping Strategies and Supports during Pandemic as Postgraduate and Academician: Lessons from Japan

Challenges, Coping Strategies and Supports during Pandemic as Postgraduate and Academician: Lessons from Japan

SERDANG, Jun 2021 – Institut Teknologi Maju, UPM telah menganjurkan satu webinar bertajuk “Challenges, Coping Strategies and Supports during Pandemic as Postgraduate and Academician: Lessons from Japan”. Seminar ini disiarkan secara langsung dalam talian melalui Aplikasi Zoom, Facebook, dan YouTube.

Program ini merupakan anjuran bersama Institut Teknologi Maju dan Malaysia Alumni of Sakura Science and Association (MASSA), dengan sokongan daripada Japan Science and Technology (JST), Japan International Science and Technology Exchange Centre (JISTEC), Sakura Science Club Secretariat Japan (SSCS) dan Tokyo Institute of Technology (TiTech).

Dua orang penceramah daripada Tokyo Institute of Technology (TiTech) telah dijemput untuk menyampaikan ceramah. Penceramah pertama ialah Encik Lai Hung Wei (Adam), yang merupakan seorang pelajar pasca siswazah. Manakala Penceramah kedua pula ialah Dr. Yaw Wang Chai, yang merupakan seorang pensyarah. Mereka telah berkongsi pengalaman dan strategi dalam meneruskan penyelidikan dan aktiviti harian mereka di TiTech dalam suasana pandemik ini.

Seramai 321 orang peserta telah menyertai webinar ini. Kebanyakan peserta adalah daripada pelbagai universiti dan sekolah di Malaysia, di samping beberapa peserta daripada universiti di Indonesia. Diharapkan semoga seminar ini dapat memberikan motivasi, semangat dan juga panduan kepada semua peserta dalam menghadapi situasi pandemik covid-19 yang sangat mencabar ini.

 

Dilaporkan oleh:
Rosnah Nawang,
Pegawai Penyelidik

Tarikh Input: 02/09/2021 | Kemaskini: 02/09/2021 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdNAI~