FNDL ION2 Webinar: How To Make Your Business Research-savvy Anjuran Bersama FDNL Dan SENSOR Malaysia | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » FNDL ION2 Webinar: How to Make Your Business Research-savvy anjuran Bersama FDNL dan SENSOR Malaysia

FNDL ION2 Webinar: How to Make Your Business Research-savvy anjuran Bersama FDNL dan SENSOR Malaysia

9 Mac- Laboratori Peranti Nanoteknologi Fungsian (FNDL), Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2) telah bekerjasama dengan Persatuan Pembangunan Teknologi Sensor Malaysia (SENSOR Malaysia) bagi menganjurkan FNDL ION2 Webinar: How to Make Your Research Business-savvy. Webinar ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Dr. Thomas Ong, CEO Nanotextile Sdn. Bhd. dan dimudahcara oleh Ts. Dr. Umer Rashid, Felo Penyelidik ION2.

Webinar ini diadakan untuk berkongsi pengetahuan berkenaan pengkomersilan produk penyelidikan termasuk kaedah mengkomersilkan hasil penyelidikan kepada pihak industri. Seramai 52 orang peserta dari pelbagai agensi telah menghadiri webinar pada kali ini termasuk SIRIM Bhd., Institut Penyelidikan Kesihatan Malaysia (IMR) dan Agensi Nuklear Malaysia.

Kebanyakan peserta memberi komen yang positif dan mencadangkan topik untuk webinar akan datang. Adalah diharapkan program sebegini dapat memberi pendedahan kepada para penyelidik untuk membangunkan produk penyelidikan yang boleh dikomersilkan dan menjadi satu perniagaan yang berjaya pada masa hadapan.

 

Dilaporkan oleh,

Mohd Ali bin Mat Nong

Tarikh Input: 19/04/2023 | Kemaskini: 19/04/2023 | nurnazeera

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdPAm~