ION2 Mock Viva Program | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » ION2 Mock Viva Program

ION2 Mock Viva Program

SERDANG, 27 Februari – Jawatankuasa Siswazah, Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2) telah menganjurkan program ION2 Mock Viva pada 27 Februari 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat ION2. Program Mock Viva ini merupakan satu program intervensi yang bertujuan untuk menyediakan pelajar PhD dan Master bagi menghadapi Viva Voce, memberi peluang kepada pelajar untuk menambahbaik kandungan tesis berdasarkan komen lisan dari panel penilai dan meningkatkan bilangan graduan PhD menamatkan pengajian dalam 7 dan 8 semester. Walaubagaimanapun, program kali ini hanya berfokus kepada pelajar PhD Semester 5 dan 6 bagi membantu pelajar-pelajar ini mencapai graduate on time (IGOT) pada Semester 7 dan 8.

Panel bagi program Mock Viva ini adalah terdiri daripada Ketua Laboratori Pemprosesan dan Teknologi Bahan Nano (NPTL) iaitu Prof. Madya Ir. Dr. Siti Hajar Othman, dan Pegawai Penyelidik ION2 iaitu Dr. Ismayadi Ismail dan Dr. Siti Zulaika Razali. Para pelajar telah diberikan masa selama 20 minit untuk menyampaikan pembentangan dan seterusnya diteruskan dengan sesi soal jawab.

Menerusi program ini, pelajar telah memberi maklum balas yang positif dan berharap agar program ini boleh diteruskan lagi pada masa akan datang sebagai persediaan mereka menghadapi Viva Voce dan penambahbaikan penulisan tesis.

Tarikh Input: 29/02/2024 | Kemaskini: 29/02/2024 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEbQAj~