Kem Nanosains 2023: Memacu Minda Belia Dalam Bidang Nanoteknologi | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Kem Nanosains 2023: Memacu Minda Belia dalam Bidang Nanoteknologi

Kem Nanosains 2023: Memacu Minda Belia dalam Bidang Nanoteknologi

SERDANG, 20 Ogos 2023- Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2) telah berjaya menganjurkan Kem Nanosains 2023 di Dewan Seminar ION2. Kem ini, yang merupakan penjenamaan semula Kem Sains yang diperkenalkan oleh ION2 pada tahun 2014, khusus untuk pelajar sekolah menengah rendah, memberi tumpuan kepada bahan nano dan nanoteknologi.

Prof. Dr. Ruslinda A. Rahim, Pengarah Pusat Nanoteknologi Kebangsaan, telah merasmikan program ini. Kira-kira 30 pelajar tingkatan dua dan tingkatan tiga daripada beberapa sekolah di Serdang dan Bandar Baru Bangi telah mengambil bahagian dalam kem ini. Walaupun kem ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ibu bapa, bilangan pelajar telah dihadkan untuk memastikan penyampaian pengetahuan dan pelaksanaan aktiviti yang efektif.

Kem ini menampilkan tujuh aktiviti khusus yang merangkumi aspek teori dan praktikal. Aktiviti-aktiviti ini termasuk sesi seperti "Kenali Nano: Kecil Kecil Cili Padi," "Kembara Nano: Jumpa ke tu?" dan "Dunia Nano: Di Sebalik Lensa Mikroskop" Setiap peserta ditempatkan dalam salah satu daripada enam kumpulan, yang dipandu oleh pegawai penyelidik ION2 yang bertindak sebagai fasilitator.

Kem Nanosains telah menerima pujian daripada peserta dan ibu bapa, dengan pengiktirafan bahawa kem ini memberi pengalaman dan pengetahuan baharu dalam bidang nanosains dan nanoteknologi.

Secara keseluruhan, kem ini mencapai objektifnya dan memberikan kesan positif kepada para pelajar yang terlibat.

 

Dilaporkan oleh,

Md Ali Rani
Pegawai Sains, ION2, UPM

Tarikh Input: 30/08/2023 | Kemaskini: 05/01/2024 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdEAk~