KOLABORASI ION2-UOW-AMReG-CAHYA MATA ALAM MEREVOLUSIKAN INOVASI PEMBUNGKUSAN MAKANAN BERTEKNOLOGI HIJAU | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » KOLABORASI ION2-UOW-AMReG-CAHYA MATA ALAM MEREVOLUSIKAN INOVASI PEMBUNGKUSAN MAKANAN BERTEKNOLOGI HIJAU

KOLABORASI ION2-UOW-AMReG-CAHYA MATA ALAM MEREVOLUSIKAN INOVASI PEMBUNGKUSAN MAKANAN BERTEKNOLOGI HIJAU

SERDANG, Mac 2024,  Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2), UPM, dan rakan gabungan penyelidikan iaitu Universiti Wollongong Malaysia (UOW Malaysia), Kumpulan Penyelidikan Pembuatan Termaju (AMReG) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Kebangsaan Malaysia, dan Cahya Mata Alam Sdn. Bhd. (Thermasite™ï¸) telah berjaya berganding bahu dalam merevolusikan invovasi peralatan dan pembungkusan makanan berteknologi hijau (terbiodegradasi) di Malaysia.

                  

Prototaip peralatan makanan mesra alam, yang dinamakan "PINGGAN: PLA-Ubi Kayu Penyelesaian Mesra Alam" merupakan langkah proaktif ahli projek ke arah mengurangkan penggunaan dan pembuangan sisa plastik sekali guna. Dengan memanfaatkan teknik baharu pengubahsuaian permukaan gentian, gabungan kepakaran seluruh ahli projek telah berjaya membangunkan penyelesaian yang bukan sahaja memastikan keserasian dan peningkatan kualiti bahan tetapi juga meningkatkan kecekapan biodegradasi dan biokompatibiliti pembungkus dan peralatan makanan. Inovasi ini merupakan salah satu projek penting ke arah pemuliharaan alam sekitar dan amalan pembungkusan mampan yang terurai secara semula jadi.

                  

Di sebalik pencapaian luar biasa yang dicapai melalui projek ini, terdapat sistem sokongan yang jitu, termasuk geran-geran penyelidikan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi, UPM dan UOW Malaysia. Pendanaan ini menyediakan sumber dan pembiayaan yang diperlukan untuk memacu kerja-kerja penyelidikan. Selain itu, kerjasama penyelidikan antara ahli akademik dan industri tempatan telah membuka jalan bagi pembangunan penyelidikan transdisiplin. Diharapkan agar inovasi teknologi di Malaysia akan terus berkembang sejajar dengan kemajuan global.

 

 

Disediakan oleh,

Ts. Dr. Mohd Hafizuddin Abd Ghani
Pegawai Penyelidik NSCL, ION2

 

 

Tarikh Input: 29/03/2024 | Kemaskini: 29/03/2024 | nurnazeera

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdNAF~