Lawatan Dari SMK Puchong Utama Ke ION2 | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Lawatan dari SMK Puchong Utama ke ION2

Lawatan dari SMK Puchong Utama ke ION2

SERDANG, 24 Januari - – ION2 menerima kehadiran pelawat daripada Sek Men Keb Puchong Utama (1). Lawatan setengah hari tersebut telah diketuai oleh Puan Nurma Abu Hassan Basheri, 2 orang guru pengiring dan seorang wakil sekolah tersebut. Seramai 35 orang pelajar Tingkatan 1 dan 2 yang terpilih telah menyertai lawatan. 

Sesi lawatan dimulakan dengan kata aluan daripada pengacara majlis, Puan Juraina Md Yusof, dan diikuti dengan sepatah dua kata daripada Prof. Ir. Ts. Dr. Suraya Abdul Rashid iaitu Timbalan Pengarah, ION2. Beliau menerangkan secara ringkas latar belakang dan struktur pentadbiran ION2. Di samping itu, beliau turut meyelitkan sedikit pengenalan ringkas tentang bahan nano untuk memberi gambaran awal kepada pelajar dan guru.

Agenda seterusnya adalah ceramah kelestarian hijau yang menerangkan peri pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar untuk kebaikan bersama. Ceramah ini telah disampaikan oleh Dr. Umer Rashid, Felo Penyelidik,ION2.

Pelawat kemudiannya dipecahkan kepada empat kumpulan dan dibawa melawat laboratori ION2 seperti Laboratori Sintesis dan Pencirian Bahan Nano (NSCL), Laboratori Pemprosesan dan Teknologi Bahan Nano (NPTL) dan Laboratori Peranti Nanoteknologi Fungsian (FNDL).

Di samping itu, mereka juga dibawa melawat fasiliti dengan teknologi terkini untuk analisa bahan nano seperti peralatan Field Emission Scanning Electron Microscopy (FESEM), Raman Spectroscopy, X Ray Diffraction (XRD) dan beberapa peralatan analisis lain.  Pelajar menunjukkan minat terhadap penyelidikan yang melibatkan  proses, analisa dan aplikasi bahan nano di ION2. ION2 berharap, lawatan sebegini dapat membantu mencetuskan minat pelajar terhadap bidang sains, teknologi dan matematik (STEM) seterusnya melahirkan modal insan yang berkualiti.

 

Disediakan oleh,
Puan Juraina Md Yusof
Pegawai Penyelidik NPTL, ION2

Tarikh Input: 31/01/2024 | Kemaskini: 16/02/2024 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdFA1~