Lawatan Penilaian Tapak HICoE Ke Institut Nanosains Dan Nanoteknologi | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Lawatan Penilaian Tapak HICoE ke Institut Nanosains dan Nanoteknologi

Lawatan Penilaian Tapak HICoE ke Institut Nanosains dan Nanoteknologi

SERDANG, 13 Disember 2021 – Institut Nanosains dan Nanoteknologi telah menerima kunjungan 7 orang panel daripada beberapa universiti tempatan yang diketuai oleh Prof. Dr. Fahrul Zaman bin Huyop (UTM) bagi penilaian tapak HICoE.

ION2 atau dahulunya dikenali sebagai Institut Teknologi Maju (ITMA) telah melepasi pemarkahan minimum untuk ke peringkat penilaian yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi permohonan penarafan Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE).

Mesyuarat pembukaan penilaian tapak ini telah dilaksanakan pada pukul 9.30 pagi yang turut disertai oleh YBhg. Prof. Dr. Nazamid Saari, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi); YBhg. Prof. Dr. Mohd Adzir Mahdi, Pengarah, Pusat Pengurusan Penyelidikan, UPM; semua ahli pengurusan ION2 dan barisan panel-panel serta urusetia KPT.

“Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada ION2 kerana telah melepasi pemarkahan minimum untuk ke peringkat penilaian seterusnya iaitu penilaian tapak.  Maka, dengan adanya program penilaian ini, secara tidak langsung saya melihat ION2 sebagai salah sebuah institut penyelidikan yang telah berjaya menempatkan dirinya dalam satu tahap yang lebih kehadapan dan diharap penilaian ini menjadi tonggak kekuatan serta bersedia mendepani cabaran yang akan menjadikan ION2 lebih berdaya saing dan cemerlang pada masa hadapan”, kata Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) semasa ucapan aluan dalam Mesyuarat Pembukaan.

Semasa penilaian panel juga turut dibawa melawat ke makmal-makmal di ION2 dan peralatan teknologi tinggi termasuk peralatan XRD yang terkini. Dapatan hasil daripada penilaian tapak ini telah dibentangkan semasa Mesyuarat Penutup oleh ketua panel, Prof. Dr. Fahrul Zaman bin Huyop (UTM). Pihak ION2 berharap dengan komen yang positif daripada pihak panel, ION2 berjaya diiktiraf sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE).

Terima kasih kepada warga ION2 di atas sokongan yang diberikan dengan bertungkus lumus menyediakan dokumen bagi tujuan penilaian tapak ini dan berharap agar ION2 diiktiraf sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE).

 

Disediakan oleh,
Azidatul Azzah Aziz

Tarikh Input: 29/12/2021 | Kemaskini: 29/12/2021 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdMAv~