Meningkatkan Haluan ION2: Meninjau Prestasi Dalam Bengkel 2023 | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Meningkatkan Haluan ION2: Meninjau Prestasi dalam Bengkel 2023

Meningkatkan Haluan ION2: Meninjau Prestasi dalam Bengkel 2023

SERDANG, Disember 2023– Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2) telah menganjurkan Bengkel Akauntibiliti dan Pengurusan Prestasi terhadap Bajet, Penyelidikan, dan KPI ION2 pada 12 Disember 2023 bertempat di Dewan Seminar ION2.

Bengkel ini dihadiri oleh semua kakitangan ION2, termasuk ahli pengurusan, penyelidik, dan penyelidik bersekutu. Bengkel ini dijalankan khusus untuk meneliti program yang akan dilaksanakan pada tahun 2024 di samping memberi panduan kepada setiap kakitangan di ION2 untuk menentukan sasaran kerja tahunan.

Kakitangan ION2 juga disarankan untuk menghayati aspirasi YBhg. Naib Canselor Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan mengenai The TRUE NORTH of UPM dalam memenuhi visi untuk menjadi universiti bereputasi antarabangsa dan misi untuk memberi sumbangan bermakna kepada Pembentukan Kemakmuran, Pembangunan Negara dan Kesejahteraan Manusia Sejagat; melalui Penerokaan dan Penyebaran Ilmu. Penekanan turut diberikan kepada Matlamat Rancangan Strategik 2 - 5, iaitu:

MATLAMAT 2: Mewujudkan Hab Penyelidikan Dan Inovasi Yang Menjanakan Nilai Berteraskan Ekosistem Lestari

MATLAMAT 3: Melestarikan Ekosistem Jaringan Industri Dan Masyarakat

MATLAMAT 4: Memperkasakan Pertanian Dan Ketahanan Sekuriti Makanan

MATLAMAT 5: Memperteguh Tadbir Urus Institusi, Kemampanan Kewangan Dan Amalan Kelestarian Hijau

Semua peserta bengkel diberikan peluang untuk memberikan input terbaik dan cadangan serta menumpukan usaha untuk meningkatkan keterlihatan ION2 dalam kalangan penyelidik tempatan dan luar negara. Diharapkan melalui bengkel ini, operasi serta aktiviti penyelidikan ION2 dapat berjalan dengan lancar, malah lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.

 

Dilaporkan oleh,

Puan Hajah Rosiha Abdul Razak

Tarikh Input: 26/12/2023 | Kemaskini: 05/01/2024 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdGA3~