NPTL Anjur Bengkel GC | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » NPTL anjur Bengkel GC

NPTL anjur Bengkel GC

SERDANG, 25 Oktober – Laboratori Pemprosesan dan Teknologi Bahan Nano (NPTL), ION2 menganjurkan bengkel kromatografi gas (GC) untuk kesekian kalinya bertempat di Dewan Seminar ION2 dan Makmal Pencirian II.

Bengkel satu hari ini dikendalikan oleh Ts. Dr. Umer Rashid, Felo Penyelidik Kanan ION2 dan dihadiri oleh 12 orang peserta dari dalam dan luar UPM. Peserta didedahkan kepada teori pemisahan dan kromatografi gas di sebelah pagi manakala di sebelah petang peserta berpeluang belajar menggunakan peralatan tersebut di Makmal Pencirian II.

Rata-rata peserta berpuashati dengan bengkel kromatografi gas ini. Mereka turut mencadangkan kumpulan sesi hands-on dibuat lebih kecil pada satu-satu masa agar setiap orang berpeluang dan dapat memahami kaedah analisis dengan lebih baik. Ia merupakan satu cadangan yang baik namun kekangan masa dan peralatan membuatkan ia sukar untuk dilaksanakan.

Dr. Umer mengucapkan terima kasih kepada semua peserta kerana penyertaan yang aktif dan menjadikan program tersebut berjaya.

Tarikh Input: 30/10/2023 | Kemaskini: 30/10/2023 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdMA3~