Pelajar ION2 Mewakili Malaysia Dalam Forum Belia UNESCO Ke-12 | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Pelajar ION2 Mewakili Malaysia dalam Forum Belia UNESCO Ke-12

Pelajar ION2 Mewakili Malaysia dalam Forum Belia UNESCO Ke-12

November, 2021 – Pelajar Sarjana Sains Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2), Universiti Putra Malaysia (UPM), Cik Alya Hananin binti Hashim telah terpilih mewakili Malaysia dalam Forum Belia UNESCO ke-12 yang berlangsung pada 5 hingga 19 November 2021.

 

Beliau merupakan salah seorang daripada 153 wakil belia daripada negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) seperti Perancis, China, New Zealand, United Kingdom, Indonesia, Afghanistan, Korea Selatan dan lain-lain.

 

Tema pada tahun ini adalah “Co-creating with youth the post-COVID-19 period”, tertumpu kepada 8 topik perbincangan utama; pendidikan, peluang pekerjaan, perubahan iklim, warisan, kesejahteraan, teknologi, jalinan kerjasama, dan hak bermedia.

 

Melalui forum kali ini, mereka telah berjaya merangka pelan “Forum Plan of Action by and for Youth for the post-COVID-19”.

 

“Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, terutamanya Malaysian Commissioner for UNESCO, Kementerian Belia dan Sukan serta UPM yang menyokong penyertaan saya. Saya bangga dapat membawa suara belia Malaysia umumnya dan UPM khasnya dalam kalangan belia PBB”, kata Alya.

 

Pihak UNESCO menganjurkan forum ini setiap 2 tahun di ibu pejabat mereka yang terletak di Paris, Perancis sejak tahun 1999 bagi memberi peluang belia-belia daripada negara-negara anggota PBB menyuarakan pandangan dan cadangan untuk menyelesaikan isu-isu belia global. Walau bagaimanapun, forum pada tahun ini diadakan secara dalam talian atas sebab pandemik COVID-19.

Tarikh Input: 15/12/2021 | Kemaskini: 15/12/2021 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdMAo~