PENYELIDIK ION2 TERIMA ANUGERAH KHAS DAN MERAIH PINGAT PERAK SEMPENA EKSPO TEKNOLOGI MALAYSIA (MTE) 2024: PINGGAN: PLA-UBI KAYU PENYELESAIAN MESRA ALAM | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » PENYELIDIK ION2 TERIMA ANUGERAH KHAS DAN MERAIH PINGAT PERAK SEMPENA EKSPO TEKNOLOGI MALAYSIA (MTE) 2024: PINGGAN: PLA-UBI KAYU PENYELESAIAN MESRA ALAM

PENYELIDIK ION2 TERIMA ANUGERAH KHAS DAN MERAIH PINGAT PERAK SEMPENA EKSPO TEKNOLOGI MALAYSIA (MTE) 2024: PINGGAN: PLA-UBI KAYU PENYELESAIAN MESRA ALAM

SERDANG, Mac 2024,  Penyelidik ION2, Ts. Dr. Mohd. Hafizuddin Ab. Ghani sebagai penyelidik bersama bagi projek ‘Pinggan: PLA-Ubi Kayu Penyelesaian Mesra Alam’ telah memenangi Anugerah Khas Inovasi Perbadanan Latihan Teknikal dan Vokasional daripada Kerajaan Arab Saudi serta meraih pingat perak sempena Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2024 yang telah diadakan pada 22 hingga 24 Februari di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.

             

Dr. Mohd. Hafizuddin bersama Ts. Dr. Nishata Royan A/P Rajendran Royan sebagai Penyelidik Utama, pensyarah Jabatan Mekanikal, Pusat Pengajian Kejuruteraan dari Universiti Wollongong Malaysia (UOW) Malaysia dan dibantu oleh pelajar kejuruteraan mekanikal Muhammad Fadzlee Firas bin Moh telah berjaya menghasilkan prototaip pinggan makanan daripada gabungan polylactic acid (PLA) dan ubi kayu. Penggunaan ubi kayu sebagai sumber gentian kepada PLA telah berjaya mengurangkan isu rapuh sekiranya hanya PLA yang digunakan selain memperkenalkan teknik rawatan khusus untuk membolehkan keserasian di antara PLA dan serat ubi kayu.

             

Pencapaian yang memberangsangkan di Ekspo Teknologi Malaysia 2024 ini menjadi bukti komitmen Dr. Mohd. Hafizuddin yang juga seorang pegawai penyelidik dalam meneruskan kecemerlangan merancakkan inovasi teknologi pada masa hadapan. Untuk rekod, MTE setiap tahun berjaya mengumpulkan tokoh dari pelbagai sektor, termasuk penyelidik, pencipta, usahawan dan pakar industri, untuk mempamerkan penemuan dan inovasi terkini. Ia adalah tempat mencambahkan buah fikiran, memupuk kerjasama serta kemajuan yang memberi inspirasi.

 

Disediakan oleh,

Ts. Dr. Mohd Hafizuddin Abd Ghani
Pegawai Penyelidik NSCL, ION2

Tarikh Input: 29/03/2024 | Kemaskini: 29/03/2024 | nurnazeera

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdMAE~