Produk Penyelidik ION2 Dipamerkan Di Program Semarak Patriotik IPT 2022 | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Produk penyelidik ION2 dipamerkan di Program Semarak Patriotik IPT 2022

Produk penyelidik ION2 dipamerkan di Program Semarak Patriotik IPT 2022

KUALA LUMPUR, 15 September 2022- Teknologi fabrikasi antenna yang dibangunkan oleh pegawai penyelidik Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2), Ts. Dr. Intan Helina Hasan terpilih sebagai salah satu produk yang dipamerkan oleh UPM melalui Putra Science Park (PSP) di pameran sempena Semarak Patriotik IPT 2022.

Produk penyelidikan Dr. Intan Helina iaitu teknologi fabrikasi antena boleh lentur ini menggunakan pes atau dakwat konduktif organik dengan lapisan tambahan bahan magnetik untuk peningkatan prestasi antena.

Program ini berlangsung di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Sungai Besi dan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dengan tema Mahasiswa Patriotik, Keluarga Malaysia.

Program yang dianjurkan oleh UPNM dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi ini turut dihadiri oleh Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi; Datuk Seri Maximus Ongkili, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak); Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara; Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Affendi Buang TUDM, Panglima Angkatan Tentera; Naib-naib Canselor Universiti, Pegawai-pegawai Kanan KPT dan pelajar-pelajar IPT.

Selepas majlis perasmian, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad melawat pameran-pameran IPT di Dataran Warisan UPNM untuk melihat hasil penyelidikan daripada universiti daripada seluruh Malaysia termasuk UPM.

ION2 menyokong penyertaan seumpama ini bagi memperkenalkan produk yang dihasilkan oleh penyelidik-penyelidik ION2. Selain itu, turut membantu meningkatkan keterlihatan ION2 sebagai sebuah pusat penyelidikan dalam bidang Nanosains dan Nanoteknologi.

Tarikh Input: 30/09/2022 | Kemaskini: 07/10/2022 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdKAT~