Qarbotech Dinobatkan Sebagai Pemenang Utama Dalam Peringkat Akhir Tech Planter Asia 2021 | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Qarbotech dinobatkan sebagai pemenang utama dalam peringkat akhir Tech Planter Asia 2021

Qarbotech dinobatkan sebagai pemenang utama dalam peringkat akhir Tech Planter Asia 2021

SERDANG, Ogos 2021 – Qarbotech telah dinobatkan sebagai pemenang utama dan Anugerah ACSL dalam peringkat akhir Tech Planter Asia 2021 yang diadakan baru-baru ini melalui platform Microsoft Team.

Prof. Ts. Dr Suraya Abdul Rashid yang mewakili Qarbotech, salah satu syarikat pemula UPM-Innohub telah berjaya meyakinkan para juri yang diketuai oleh Dr Ryuta Takeda daripada Leave a Nest dan mengalahkan 11 lagi calon akhir yang terdiri daripada syarikat pemula daripada beberapa negara Asia lain.

12 calon akhir ini membentangkan perkembangan terkini dan teknologi mereka kepada juri yang terdiri daripada rakan-rakan kongsi Tech Planter dari Jepun yang juga menaja hadiah tunai untuk para peserta. Mereka merupakan calon yang terpilih antara 186 penyertaan dalam program Accelerate2030 yang dijalankan pada akhir Julai lalu.

“Saya tidak meletakkan harapan tinggi dalam peringkat akhir ini tetapi saya berusaha sebaik mungkin bagi memperkenalkan inovasi kami iaitu Penggalak Fotosintesis atau Harvast yang telah dibangunkan sejak 2018 di Institut Teknologi Maju.

Saya sangat percaya teknologi ini boleh memberi manfaat bukan sahaja kepada pekebun tetapi kepada masyarakat umum juga”, kata Suraya.

“Alhamdulillah inisiatif kami ini telah berjaya meraih perhatian juri dan diumumkan sebagai pemenang utama. Ia adalah saat yang tidak dapat dilupakan sehingga saya menitiskan air mata”, sambungnya lagi.

Sebagai pemenang utama, Qarbotech menerima hadiah wang tunai SGD 3000 dan SGD 2500 untuk Anugerah ACSL. Dengan ini, Qarbotech berpeluang untuk mendapat dana bagi mengembangkan teknologi ni ke peringkat global melalui beberapa lagi proses saringan.

Kini, Qarbotech semakin hampir kepada matlamat mereka, untuk menyumbang ke arah mencapai Sustainable Development Goals (SDG) dengan mempercepat inisiatif kitaran ekonomi nasional, serantau dan global. Syabas dan tahniah!

Tarikh Input: 15/10/2021 | Kemaskini: 15/10/2021 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdJA3~