Seminar Motivasi: Terkubur Sebuah Harapan Atau Sinarnya Kian Memancar Disebabkan Covid-19 Dan PKP | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Seminar Motivasi: Terkubur Sebuah Harapan atau Sinarnya Kian Memancar Disebabkan Covid-19 dan PKP

Seminar Motivasi: Terkubur Sebuah Harapan atau Sinarnya Kian Memancar Disebabkan Covid-19 dan PKP

SERDANG, 29 Jun 2021 – Institut Teknologi Maju (ITMA) telah menganjurkan satu seminar motivasi bertajuk ‘Terkubur Sebuah Harapan atau Sinarnya Kian Memancar Disebabkan COVID-19 dan PKP”. Seminar ini telah dilaksanakan secara dalam talian menggunakan platform Zoom dan turut disiarkan secara langsung di Facebook ITMA. En. Fudhail Hakimi Arif Ibrahim dari Perdana University telah dijemput untuk memberikan ceramah motivasi ini dan telah dihadiri oleh seramai 169 peserta dalam kalangan staf dan pelajar ITMA serta UPM.

Seminar Motivasi ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta untuk mendapatkan motivasi dan sokongan daripada segi mental dan emosional dalam situasi mencabar sekarang disebabkan pandemic COVID-19. Pelajar pasca siswazah yang tidak dapat hadir ke universiti untuk menyelesaikan eksperimen atau menyiapkan tesis rata-rata amat tertekan, di samping menghadapi masalah kewangan. Staf juga menghadapi cabaran dalam menjalani situasi Bekerja Dari Rumah (BDR) kerana terpaksa membahagikan masa antara pengurusan rumah tangga dan pada masa yang sama menjalankan tugasan hakiki pejabat secara dalam talian. Oleh itu, penganjuran seminar ini diharapkan dapat membantu memberi motivasi dalam bentuk dorongan semangat dan juga mendengar pengalaman daripada penceramah sendiri.

Dilaporkan oleh,
Ts. Dr Intan Helina Hasan
Pegawai Penyelidik

Tarikh Input: 15/07/2021 | Kemaskini: 29/07/2021 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdIA1~