Siri Syarahan Jemputan Antarabangsa 1/2024 Oleh Dr. Wei Wen Hong | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» BERITA » Siri Syarahan Jemputan Antarabangsa 1/2024 oleh Dr. Wei Wen Hong

Siri Syarahan Jemputan Antarabangsa 1/2024 oleh Dr. Wei Wen Hong

SERDANG, 29 Januari -  Laboratori Peranti Nanoteknologi Fungsian (FNDL) telah menganjurkan Siri Syarahan Jemputan Antarabangsa yang pertama untuk tahun 2024. Syarahan ini bertajuk ‘Bottom-up III-V micro-ring laser cavities: Exploring a new horizon for integrated photonics’ yang disampaikan oleh Dr. Wei Wen Wong, pasca doktoral dari Australian National University, Australia. Syarahan ini tertumpu terutamanya pada fabrikasi, ciri, dan aplikasi rongga laser cincin mikro III-V.

Dr Wei Wen Wong menamatkan ijazah dalam Kejuruteraan Elektronik jurusan Nanoteknologi di Universiti Multimedia (MMU), Malaysia pada 2016. Beliau kemudiannya bekerja sebagai jurutera produk (analisis kegagalan) di Cypress Semiconductor Corporation, Pulau Pinang, Malaysia selama dua tahun. Pada 2018, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) dalam Fizik Kejuruteraan / Fizik Gunaan di Australian National University (ANU), Australia dan menamatkan pengajian pada 2022. Beliau kemudiannya meneruskan kerja sebagai tutor sambilan dan pegawai penyelidik sebelum dilantik sebagai pasca doktoral di ANU pada Februari 2023 hingga sekarang.

Ceramah ini telah dihadiri oleh 20 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar ION2, serta pelajar dan pensyarah Fakulti Kejuruteraan.

 

Dilaporkan oleh,


Dr. Intan Helina Hasan
Pegawai Penyelidik
Laboratori Peranti Nanoteknologi Fungsian

Tarikh Input: 31/01/2024 | Kemaskini: 01/02/2024 | roslina_ar

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEdMAJ~