Science Article Writing Competition | INSTITUTE OF NANOSCIENCE AND NANOTECHNOLOGY (ION2)
» ACTIVITIES »

Event Title
Science Article Writing Competition
Date
01 May 2020 - 30 May 2020
Time
09.00 - 12.00
Location
Institute of Advanced Technology
Event Summary
PERTANDINGAN MENULIS ARTIKEL SAINS ANJURAN INSTITUT TEKNOLOGI MAJU (ITMA), UPM DAN MAJALAHSAINS.COM SYARAT PENYERTAAN: 1. Penyertaan adalah terbuka kepada pelajar universiti (berusia antara 18 hingga 35 tahun). 2. Isi kandungan artikel adalah berdasarkan tema NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI. 3. Penyertaan boleh dihantar lebih daripada satu (1) tetapi hanya satu SAHAJA yang layak menerima hadiah. 4. Setiap artikel mestilah dihantar dalam bentuk fail PDF beserta borang penyertaan sebelum atau pada Sabtu, 30 Mei 2020 (sebelum jam 12.00 tengah malam) melalui emel ke itma.event@gmail.com. Borang penyertaan boleh diperolehi melalui pautan di atas (URL). 5. Artikel yang ditulis mestilah hasil penulisan sendiri, asli dan belum pernah disiarkan di mana-mana penerbitan; 6. Artikel hendaklah ditulis dalam DWI BAHASA; Bahasa Malaysia (satu laman A4) DAN Bahasa Inggeris (satu laman A4) yang mudah difahami oleh umum dengan anggaran 400-500 patah perkataan. Boleh sertakan 1-2 gambar yang berkaitan. 7. Format artikel: Menggunakan halaman bersaiz A4 (perisian Microsoft Office- Word). Jenis aksara : Arial Saiz aksara : 11 Langkauan baris : 1.0 (Single) *Setiap helaian artikel perlu diletakkan dengan “watermark” nama dan no. kad pengenalan peserta. 8. Semua karya penyertaan adalah milik penganjur dan pihak penganjur boleh menggunakannya, menyunting, dan menyiarkannya dalam mana-mana penerbitan; 9. Pemenang akan dihubungi oleh pihak sekretariat bagi urusan penyerahan hadiah; 10. Sila hubungi sekretariat, Roslina Abdul Rashid melalui emel roslina_ar@upm.edu.my untuk sebarang maklumat lanjut; 11. Penilaian: Setiap artikel akan dinilai daripada sudut tahap pengetahuan dan pemahaman tema, ketepatan terjemahan, gaya penulisan kreatif dan menarik. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD; 12. Hadiah: Peserta yang dipilih sebagai pemenang akan menerima sijil penyertaan berserta hadiah wang tunai seperti berikut: Johan : RM300.00 Naib johan : RM200.00 Tempat ketiga : RM150.00 Selamat mencuba!

Updated:: 18/05/2020 [nursyahirah]

INSTITUTE OF NANOSCIENCE AND NANOTECHNOLOGY (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXDdXA7~