Short Video Competition: ION2 Expertise Area | INSTITUTE OF NANOSCIENCE AND NANOTECHNOLOGY (ION2)
» ACTIVITIES » DIVISION OF APPLICATION OPERATION

Event Title
Short Video Competition: ION2 Expertise Area
Date
22 Jul 2022 - 30 Sep 2022
Time
08.00 - 11.59
Location
ION2
Event Summary
Syarat Penyertaan: A. Maklumat/garis panduan penyediaan video: 1. Teknologi/produk penyelidikan hendaklah mempunyai hakcipta untuk melindungi harta intelek (Patent/patent pending/copyright dan lain-lain). 2. Kandungan video hendaklah berkaitan dengan kepakaran ION2 terutama dalam bidang Bahan Maju, Nanosains dan Nanoteknologi. Contoh kandungan: a) Video teknologi/produk penyelidikan (ringkasan, permasalahan, solusi terhadap permasalahan tersebut, kebaikan dan aplikasi teknologi- hendaklah mempunyai hakcipta untuk melindungi harta intelek) ATAU b) Video perkhidmatan yang ditawarkan/peralatan berteknologi tinggi. 3. Kandungan video hendaklah jelas dan padat (seperti konsep 3 minutes thesis) tetapi mudah difahami oleh orang awam. 4. Video digalakkan disampaikan dalam Bahasa Melayu, namun Bahasa Inggeris juga dibenarkan. Gunakan bahasa yang mudah difahami, tidak menyinggung sensitiviti awam dan sesuai untuk tontonan semua lapisan masyarakat. 5. Rakaman video dan suntingan akan dibantu oleh Pusat Strategik dan Perhubungan Korporat (PSPK). 6. Peserta pertandingan perlu mengenalpasti medium yang ingin dipaparkan (Facebook/YouTube/Instagram/TikTok) 7. Peserta perlu menyediakan ‘storyline’ untuk anggaran video durasi 1 – 1 minit 30 saat. 8. Peserta perlu memaklumkan kepada sekretariat sekiranya telah bersedia dengan storyline lengkap untuk pihak sekreatriat menempah perjumpaan dengan pihak PSPK. 9. Waktu rakaman video adalah pada waktu bekerja sahaja dan tertakluk kepada jadual kekosongan PSPK. 10. Tarikh pertandingan: 1 Julai 2022 hingga 30 September 2022. B. Kelayakan Pertandingan Pertandingan ini terbuka kepada semua staf, penyelidik bersekutu & pelajar ION2 SAHAJA. C. Terma dan syarat pertandingan 1. Penyertaan adalah secara persendirian atau berkumpulan. 2. Penyertaan adalah percuma. 3. Kandungan video hendaklah berkaitan kepakaran ION2 terutama dalam bidang Nanosains dan Nanoteknologi. 4. Tarikh akhir penghantaran video adalah pada 30 September 2022 (jam 11.59 malam). Penghantaran lewat tidak akan diterima. 5. Peserta yang terlibat hendaklah menonjolkan etika pemakaian yang sopan dan mematuhi peraturan laboratori (lengkap PPE) sekiranya melibatkan video di dalam makmal. 6. Bukti penghantaran tidak dianggap bukti penerimaan. Surat pengesahan rasmi penerimaan akan dikeluarkan oleh Sekretariat kepada peserta. 7. Sekretariat berhak menolak penyertaan yang tidak memenuhi syarat. 8. Keputusan Panel Juri adalah muktamad. Sebarang rayuan/bantahan tidak akan dilayan. 9. Hakcipta video yang dihantar adalah hakmilik ION2. ION2 bebas menggunakan video penyertaan sebagai bahan paparan/promosi dalam laman sesawang atau lain-lain media sosial. 10. Penyertaan boleh dihantar melalui emel atau sharing folder google drive. 11. Borang penyertaan lengkap hendaklah disertakan dengan: i. Biodata peserta ii. Perakuan penyertaan adalah karya asli iii. Kebenaran kepada pihak ION2 untuk menyunting dan menggunakan video berkenaan untuk paparan umum/publisiti. Penghantaran penyertaan dan pertanyaan: Sekretariat Pertandingan Mencipta Video Kepakaran ION2 Institut Nanosains dan Nanoteknologi Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang (U/P: Pn. Hanim Haizum) No Telefon: 03- 9769 8462 Emel: haizum.hanim@upm.edu.my

Updated:: 26/07/2022 [roslina_ar]

INSTITUTE OF NANOSCIENCE AND NANOTECHNOLOGY (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXFFSAX~