TEKNOLOGI HARVAST TERIMA ANUGERAH INOVATOR BAHARU MCY 2023 | INSTITUTE OF NANOSCIENCE AND NANOTECHNOLOGY (ION2)
» NEWS » TEKNOLOGI HARVAST TERIMA ANUGERAH INOVATOR BAHARU MCY 2023

TEKNOLOGI HARVAST TERIMA ANUGERAH INOVATOR BAHARU MCY 2023

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari

SERDANG, 17 Ogos - Sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) yang diketuai oleh Prof. Ts. Ir. Dr. Suraya Abdul Rashid dari Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar, Fakulti Kejuruteraan (FK), berjaya meraih Anugerah Inovator Baharu menerusi Teknologi Harvast yang dihasilkan.

Kejayaan yang diterima sempena Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) 2023 membolehkannya membawa pulang wang tunai RM130,000.00

Beliau berkata inovasi produk itu terhasil apabila melihat penduduk rumah pangsa, kondominium atau mempunyai ruang laman yang terhad melaksanakan aktiviti bercucuk tanam.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Pengarah Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2) UPM berkata HarvastTM  merupakan produk untuk menghasilkan penggalak fotosintesis pada tumbuhan dan secara tidak langsung memberi kesan positif terhadap tumbuhan dalam meningkatkan kadar pembesaran serta menyingkatkan tempoh tuaian.

“Produk ini menggunakan teknologi nano Carbon Quantum Dots (CQD) yang apabila di sembur pada bahagian daun akan membantu pokok untuk menyerap tenaga cahaya dan menukarkannya kepada tenaga fotosintesis.

“Produk penggalak fotosintesis ini merupakan yang pertama di pasaran dan telah dikomersialkan oleh syarikat pemula UPM di bawah program Innohub iaitu Qarbotech Sdn. Bhd,” katanya.

HarvastTM dibangunkan bermula pada tahun 2015 ini menyasarkan jualan kepada pekebun rumah, peminat tumbuhan serta pemain industri pertanian serta hortikultur.

Date of Input: 17/08/2023 | Updated: 17/08/2023 | hairul_nizam

MEDIA SHARING

INSTITUTE OF NANOSCIENCE AND NANOTECHNOLOGY (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEcWAb~