MENYEMAI KASIH UNTUK HAIWAN: DARI UPMS KE KERJAYA VETERINAR | INSTITUTE OF NANOSCIENCE AND NANOTECHNOLOGY (ION2) ion2

MENYEMAI KASIH UNTUK HAIWAN: DARI UPMS KE KERJAYA VETERINAR

Minat mendalam terhadap penjagaan dan kesejahteraan haiwan mendorong Muhammad Izz Wan Ahmaddul Badawi, 21, anak jati Kampung Sekinchan, Selangor, memilih bidang Kesihatan Haiwan dan Penternakan di Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS).

Setelah menamatkan pengajian Diploma Kesihatan Haiwan dan Penternakan, beliau kini melangkah ke dunia kerjaya sebagai Pembantu Veterinar dengan tekad untuk menyumbang dalam bidang yang dekat di hatinya.

Menurutnya, bidang ini bukan sekadar merawat haiwan yang sakit tetapi menuntut empati, kesabaran dan kasih sayang terhadap makhluk hidup. Izz Wan berpendapat bahawa haiwan juga mempunyai perasaan dan perlu dirawat dengan penuh perhatian. Pengalaman menuntut ilmu di UPMS menjadikannya lebih memahami nilai kemanusiaan dan tanggungjawab terhadap kesejahteraan haiwan.

Selain aktif dalam bidang veterinar, Izz Wan turut dikenali di media sosial selepas video teka-teki bersama ibunya tular kerana keperibadiannya yang lembut dan bersahaja. Beliau menganggap kejayaan hari ini hasil doa dan sokongan keluarga serta berharap kisahnya menjadi inspirasi kepada anak muda agar berani mengejar impian walau bermula dari kampung kecil.


Date of Input: 13/11/2025 | lanz

MEDIA SHARING

SEE ALSO
INSTITUTE OF NANOSCIENCE AND NANOTECHNOLOGY (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397693000
0000
X, (08:43:09am-08:48:09am, 19 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]