Pelajar ION2 Mewakili Malaysia Dalam Forum Belia UNESCO Ke-12 | INSTITUTE OF NANOSCIENCE AND NANOTECHNOLOGY (ION2)
» PUTRABAKTI » Pelajar ION2 Mewakili Malaysia dalam Forum Belia UNESCO Ke-12

Pelajar ION2 Mewakili Malaysia dalam Forum Belia UNESCO Ke-12

November, 2021 – Pelajar Sarjana Sains Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2), Universiti Putra Malaysia (UPM), Cik Alya Hananin binti Hashim telah terpilih mewakili Malaysia dalam Forum Belia UNESCO ke-12 yang berlangsung pada 5 hingga 19 November 2021. Beliau merupakan salah seorang daripada 153 wakil belia daripada negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) seperti Perancis, China, New Zealand, United Kingdom, Indonesia, Afghanistan, Korea Selatan dan lain-lain. Tema pada tahun ini adalah “Co-creating with youth the post-COVID-19 period”, tertumpu kepada 8 topik perbincangan utama; pendidikan, peluang pekerjaan, perubahan iklim, warisan, kesejahteraan, teknologi, jalinan kerjasama, dan hak bermedia.



Melalui forum kali ini, mereka telah berjaya merangka pelan “Forum Plan of Action by and for Youth for the post-COVID-19”.

Date of Input: 26/01/2022 | roslina_ar

MEDIA SHARING

INSTITUTE OF NANOSCIENCE AND NANOTECHNOLOGY (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
SXEZOAL~