Hubungan anda dengan komuniti UPM tidak berakhir apabila tamat pengajian. Lulusan Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2) dialu-alukan untuk menyertai Alumni ION2, yang didedikasikan untuk memperkukuh ikatan persahabatan dan jaringan dari pelbagai kepakaran. Ramai pelajar yang telah tamat pengajian dari ION2 sangat aktif menyumbang kepakaran dalam bidang masing-masing, dan mereka telah memberi kesan besar kepada masyarakat dan negara dan serta meningkatkan reputasi universiti di peringkat antarabangsa.
Sekiranya anda merupakan lepasan Institut Nanosains dan Nanoteknologi sila pastikan butiran perhubungan anda dikemaskini dan anda akan menerima maklumat dari kami mengenai acara dan program penyelidikan. Kami menjemput anda untuk mendaftar sebagai Alumni ION2. Sila maklumkan kami jika anda masih mahu menjadi sebahagian daripada kami! Perkara yang lebih penting ialah kita boleh bertukar pandangan, idea dan kepakaran.
Ikuti perkembangan kami melalui akaun Media Sosial kami di bawah: