Jemputan Untuk Pembentangan | INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
» ISAMN » iSAMN2019 » Jemputan Untuk Pembentangan

Jemputan Untuk Pembentangan

 

Simposium Antarabangsa Bahan-Bahan Termaju dan Nanoteknologi (iSAMN 2019) menjemput semua penyelidik, para akademik dalam bidang fizik, kimia, kejuruteraan, pertanian, kesihatan, juga bidang yang setara, dan pihak industri untuk membentangkan kertas kerja di iSAMN2019. iSAMN2019 akan diadakan di Hotel Marriot, Putrajaya selama dua hari bermula pada 19 hingga 20 Ogos 2019. Tema iSAMN2019 adalah "Mencapai Kemampanan melalui Bahan-Bahan Termaju dan Nanoteknologi yang Inovatif". Ini merupakan simposium kali ke-3 yang dianjurkan oleh Institut Teknologi Maju, UPM dengan kerjasama Persatuan Sains Keadaan Pepejal dan Teknologi (MASS). Sebelum ini iSAMN lebih dikenali sebagai Workshop on Advanced Materials and Nanotechnology (WAMN) yang telah diadakan sejak 16 tahun yang lalu. iSAMN2019 menjemput skop bidang penyelidikan yang luas yang berkait rapat dengan penyelidikan bahan termaju dan nanoteknologi. Topik untuk simposium ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

  • Bahan - bahan pintar, nano dan eko
  • Peranti nanoteknologi
  • Bahan fungsian dan struktur
  • Penjanaan, penuaian, dan penyimpanan tenaga
  • Rawatan dan pemulihan air
  • Sains kesihatan dan perubatan, bioteknologi
  • Pertanian, makanan dan bahan mentah
  • Impak sosioekonomi 

 

 

 

 

Kemaskini:: 15/01/2020 [nursyahirah]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT NANOSAINS DAN NANOTEKNOLOGI (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0397697006
F, (06:31:49pm-06:36:49pm, 27 Feb 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]