20 PEGAWAI UPM DILANTIK FELOW ALUMNI KAMPUS BINTULU | INSTITUTE OF NANOSCIENCE AND NANOTECHNOLOGY (ION2)

20 PEGAWAI UPM DILANTIK FELOW ALUMNI KAMPUS BINTULU

BINTULU: Seramai 20 pegawai Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima watikah pelantikan sebagai Felow Alumni UPM Kampus Bintulu di Pejabat Pengurusan Pelajar UPMKB di sini, baru-baru ini.
Penyerahan watikah pelantikan tersebut telah disempurnakan Ketua Pentadbir Pengurusan Pelajar UPMKB Mohamad Syukri Mohamad Adnan mewakili Pengarah Kampus UPMKB Profesor Dr Shahrul Razid Sarbini.
Hadir sama menyaksikan penyerahan watikah itu, Ketua Bahagian Alumni UPMKB Hairunisah Abdul Rahman.
Mohamad Syukri berkata, Felow Alumni UPMKB dilantik bagi menjalankan tanggungjawab tertentu seperti memberi khidmat nasihat, membantu tadbir urus, pelaksanaan program bahagian alumni, mempromosi dan membuat pengesanan graduan.
Antara perancangan awal aktiviti yang bakal dijalankan pada tahun ini di bawah kelolaan Bahagian Alumni UPMKB adalah Majlis Makan Malam Sirih Pulang ke Gagang, ujarnya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, majlis itu bakal mengumpul ahli-ahli alumni UPMKB dan alumni UPM di Sarawak.

Date of Input: 11/06/2024 | lanz

MEDIA SHARING

INSTITUTE OF NANOSCIENCE AND NANOTECHNOLOGY (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397693000
0000
X, (06:37:20pm-06:42:20pm, 01 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]