CERAMAH KESIHATAN RAHSIA LANGSING MENJELANG AIDILFITRI TARIK PERHATIAN WARGA KAMPUS | INSTITUTE OF NANOSCIENCE AND NANOTECHNOLOGY (ION2) ion2

CERAMAH KESIHATAN RAHSIA LANGSING MENJELANG AIDILFITRI TARIK PERHATIAN WARGA KAMPUS

Bintulu, 10 Februari 2026 – Perpustakaan Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) terus komited mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kampus melalui penganjuran ceramah kesihatan bertajuk Rahsia Langsing Menjelang Aidilfitri sempena program Glow and Gorgeous.

Ceramah yang berlangsung pada jam 2.30 petang bertempat di ruang legar Perpustakaan UPMS itu berjaya menarik penyertaan seramai 46 orang peserta yang terdiri daripada staf dan pelajar universiti. Program ini bertujuan memberi pendedahan mengenai kepentingan penjagaan kesihatan, pemakanan seimbang serta amalan gaya hidup aktif, khususnya sebagai persediaan menjelang sambutan Aidilfitri. Antara pengisian yang diketengahkan termasuk tip pemilihan makanan yang sihat, kawalan pengambilan gula dan lemak, serta kaedah mudah mengekalkan berat badan ideal secara selamat.

Menurut penganjur, program seumpama ini bukan sahaja memberi manfaat dari sudut kesihatan fizikal, malah membantu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesejahteraan diri dalam kehidupan seharian.

Melalui program Glow and Gorgeous, pihak perpustakaan berharap dapat menjadi platform bukan sahaja untuk perkongsian ilmu akademik, tetapi juga maklumat berkaitan kesihatan dan kesejahteraan komuniti, ujar wakil penganjur. Para peserta turut menyatakan rasa puas hati dengan penganjuran ceramah ini kerana maklumat yang dikongsi mudah difahami dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Program Glow and Gorgeous anjuran Perpustakaan UPM Sarawak berlangsung dari 9 hingga 28 Februari 2026 dan merangkumi pelbagai aktiviti lain seperti ceramah kesihatan, pemeriksaan kesihatan, pameran, booth jualan serta derma darah, selari dengan aspirasi universiti untuk melahirkan warga kampus yang sihat dan seimbang dari segi fizikal serta mental.

Date of Input: 30/03/2026 | lanz

MEDIA SHARING

INSTITUTE OF NANOSCIENCE AND NANOTECHNOLOGY (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397693000
0000
W, (03:49:01pm-03:54:01pm, 10 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]