Siapa sangka kulit buah yang sering dianggap sisa sebenarnya mampu menjadi solusi lestari?
Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya. Dr. Leong Sui Sien, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) atas kejayaan menghasilkan EnviroBio FruitFresh sabun pencuci mesra alam berasaskan kulit buah yang bukan sahaja berkesan, malah selamat digunakan.
Antara kelebihan utama inovasi ini:
Bebas SLS, SLES & peluntur klorin
pH seimbang (6–7), lembut pada kulit
Menyokong konsep sifar sisa & ekonomi kitaran hijau
Inovasi ini membuktikan bahawa sains mampu mengubah bahan buangan kepada produk bernilai tinggi, sekali gus menyokong gaya hidup lestari dan pemeliharaan alam sekitar.
Syabas warga penyelidik UPMS dalam memacu inovasi hijau demi kesejahteraan komuniti dan kelestarian masa depan.
Date of Input: 23/04/2026 | lanz

Institute of Nanoscience and Nanotechnology,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia