Pada 23 Januari 2026 (Jumaat), Jabatan Sains Perhutanan (JSH) telah menganjurkan Hari Bersama Penasihat Akademik JSH 2026. Program ini menjadi platform kepada pelajar Diploma Perhutanan dan Bacelor Sains Perhutanan dengan Kepujian untuk berinteraksi secara langsung dengan Penasihat Akademik (PA) bagi mengeratkan hubungan serta mewujudkan suasana sokongan akademik yang positif.
Program tahunan ini merupakan kesinambungan daripada penganjuran Hari Bersama Penasihat Akademik Jabatan Sains Perhutanan 2025. Penganjuran program ini bertujuan merapatkan hubungan antara PA dan pelajar melalui sesi perbincangan,
perkongsian pengalaman dan pembelajaran, sekali gus menyokong usaha meningkatkan kecemerlangan akademik dengan penglibatan aktif staf pelaksana.
Sepanjang program, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan, antaranya sesi perkongsian ilmu oleh Profesor Madya Dr. Ong Kian Huat dan Dr. Keeren Sudara Rajoo, aktiviti senamrobik serta sukaneka yang menggalakkan interaksi dan kerjasama
dalam kalangan pelajar dan PA.
Pihak jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta yang telah hadir dan bersama-sama memeriahkan program ini. Diharapkan semangat kebersamaan dan rasa kekitaan dalam kalangan warga Jabatan Sains Perhutanan akan terus diperkasakan.
Date of Input: 26/03/2026 | lanz

Institute of Nanoscience and Nanotechnology,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia